Home KECANTIKAN Walau Dah Umur 50 Tahun Azizah Ariffin Kekal Awet Muda, Hadam Tip...

Walau Dah Umur 50 Tahun Azizah Ariffin Kekal Awet Muda, Hadam Tip Dietnya

1096
0
SHARE

Wajah ayu wanita yang bernama Azizah Ariffin mula melekat di mata rakyat Malaysia apabila mula menjdai pembaca berita dahulu. Mempunyai perwatakan lembut membuat wanita ini tidak jemu di pandang. Tidak sangka rupanya tahun ini Azizah Ariffin sudah pun berusia 50 tahun pada bulan Jun nanti tetapi kekal langsing dan berpenampilan menarik.

Di laman Instagramnya Azizah telah berkongsi tentang cara pemakanan yang betul. Mungkin ini adalah petua cantik dan awet muda yang diamalkan olehnya.

Kongsinya, “Pakar pemakanan sebenar yang patut kita contohi ialah cara kekasih Allah. Beruntunglah mereka yang sentiasi menyantuni akhlak dan sunnah Baginda. Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk mencedok sedikit ilmu nutrisi menurut Al Quran & Sains yang disampaikan oleh pakar nutrisi dunia Prof Dr Mohamed Faid dr Morrocco yang juga seorang al-Hafiz yang menghafaz 30 juzuk Al Quran.

Menurut Dr Faid walaupun terdapat pelbagai jenis diet yang diketengahkan & dipropagandakan dalam ilmu nutrisi namun Islamic Diet yang terbaik sebagaimana digariskan dalam Al-Quran & sunnah.

Antara konsep yang melekat di minda adalah ‘kurangkan makan’ & ‘makan apabila lapar’ dan kita seharusnya bukan saja berpuasa sebulan di bulan Ramadan tetapi yang terbaik jika dapat berpuasa lebih kurang 4 bulan dalam setahun, maksudnya kita seharusnya menjadikan puasa Isnin Khamis & puasa hari-hari putih & lain-lain puasa sunat satu amalan.

Makanan yang baik adalah yang semula jadi yang Allah cipta bukan yang diproses dan ada GMO. Antara makanan yang beliau sebut mesti makan setiap hari adalah minyak zaitun, ini kerana minyak zaitun satu-satunya minyak yang penghasilannya tidak menggunakan solven atau chemical berbanding minyak lain yang kebanyakannya adalah campuran.

Katanya rugi jika tak amalkan minyak zaitun sebab ia adalah anti cancer, antioxidant, anti inflammation, ‘anti all’ (bermaksud anti semua penyakit kerana siapa yang mengamalkan minyak zaitun dapat mengelakkan 35 jenis penyakit kronik terutamanya penyakit berkaitan kardiovascular.)

Ada sebab katanya mengapa Allah ciptakan buah zaitun yang rasanya kelat & pahit berbanding buah-buahan lain yang lazat & manis, tapi Allah suruh kita makan (minyak zaitun) sebab ia boleh jadi penawar kepada banyak penyakit.

Untuk tenaga dan ketahanan badan beliau sarankan pengambilan buah kurma yang tinggi serat dan banyak phytonutrient. Beliau sendiri makan 2kg buah kurma seminggu! Katanya usah risau dengan kandungan gula yang terdapat dalam buah kurma kerana ia tak sama dengan gula ciptaan manusia yang memudaratkan kesihatan.

Untuk kesihatan jantung & kardiovascular pula selain minyak zaitun beliau sarankan pengambilan delima. Bentuk buah delima yang dibelah sama dengan jantung manusia dan ia amat bagus untuk clearkan blood vessels.

Bagi yang ada masalah berkaitan jantung pengambilan 200ml jus delima sehari di samping pantang terus makan daging akan dapat rasa perbezaannya.

Fakta tentang susu unta yang dikatakan susu terbaik selepas susu ibu membuatkan saya rasa ralat sebab menolak untuk merasanya ketika di tanah suci. Kajian menunjukkan susu unta antara sumber vitamin C terbaik. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam susu unta adalah lebih 30% berbanding susu lembu.

Nasihat Dr Faid lagi agar badan lebih sihat & untuk elak pelbagai jenis penyakit kita kena kurangkan pengambilan daging. (Banyakkan makan ikan, sayuran & buah-buahan) Kita bukannya karnivor.

Dr Faid sendiri hanya makan daging setahun sekali. Buktinya pada usia 64 tahun, tubuhnya belum pernah dilihat oleh mana-mana doktor perubatan, ini kerana beliau tak pernah ke hospital! Subhanallah.

Oh ya untuk wanita, beliau menasihatkan lebihkan makan bijirin & kekacang (grains) kerana ia sumber protein yang bagus & boleh melindungi & menstabilkan hormon wanita . .

Sama-sama kita amalkan cara pemakanan aafiyat untuk menjaga anugerah kesihatan yang tidak ternilai kurniaan Allah ini. Mudah mudahan kita semua sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan dalam kasih sayang Allah SWT,” kongsi Azizah.

credit: jutawan.bbn.my

Apa kata anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here