Home AGAMA Sunyi dan pilu, detik ‘2 minutes of silence’ diselangi doa dan...

[VIDEO] Sunyi dan pilu, detik ‘2 minutes of silence’ diselangi doa dan linangan air mata seluruh rakyat NZ

485
0
SHARE
2 minutes of silence

Suasana pilu menyelubungi bumi New Zealand hari ini, kesemua rakyat disana bersama-sama turun memberi semangat dan penghormatan terakhir dengan berkumpul sambil menyaksikan masyarakat Islam disana menunaikan ibadah solat Jumaat.

Satu perasaan yang luar biasa melihat begitu murni jiwa mereka, pada jam 1.30 pm waktu New Zealand, azan pertama telah berkumandang dengan disaksikan ribuan warga New Zealand melalui siaran secara langsung di TV dan radio.

Selepas azan, dilihat semua penduduk di negara tersebut telah menyahut seruan Perdana Menterinya untuk bertafakur selama dua minit sebelum meneruskan khutbah dan solat Jumaat.

Detik ‘2 minutes of silence’ diselangi air mata
Tidak tahu bagaimana menggambarkan rasa terharu terhadap solidariti masyarakat New Zealand, walaupun berbeza agama dan kepercayaan namun tanda hormat mereka terhadap agama Islam layak dipuji.

Detik senyap selama dua minit telah diselangi dengan doa dan air mata warga New Zealand seluruhnya bagi memperingati 50 jemaah yang terkorban dalam serangan pengganas.

Dua minit penuh makna buat seluruh New Zealand
Detik dua minit bertafakur tidak hanya berlaku di perkarangan solat Jumaat, malah seluruh kawasan di New Zealand turut memberi sokongan dan tanda penghormatan kepada mangsa.

Seperti instruksi PM Jacinda Ardern, seluruh media nasional New Zealand menyiarkan adzan serta sholat Jum’at untuk mengenang satu minggu serangan teroris #Chirstchurch, yang disiarkan langsung dari Hagley Park.

Separuh bendera diturunkan

 

View this post on Instagram

 

A powerful silence fell across the country at 1:32pm on Friday. A nation united by grief, refusing to be divided by hatred.

A post shared by Newshub (@newshubnz) on

Bendera New Zealand diturunkan separuh sebagai tanda menghormati tragedi meragut 50 nyawa insan tidak berdosa dalam tembakan rambang yang dilakukan pengganas.

Sungguh besar jiwa mereka, dua minit yang luar biasa dilimpahi dengan rasa kasih sayang dan hormat, walaupun berbeza agama semoga Allah memberkati usaha murni yang telah memberi seribu satu makna buat umat Islam seluruhnya.

Sumber : NZ Herald, newshubnz, Twitter Muslim Cyber Army & Michael Thomas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here