Home HIBURAN “Tak Letak Ciri Idaman, Cukup Terima Diri Ini Seadanya”- Uqasha

“Tak Letak Ciri Idaman, Cukup Terima Diri Ini Seadanya”- Uqasha

280
0
SHARE

Meskipun adiknya, Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, Uqasha Senrose tidak rasa tertekan apabila ramai yang bertanyakan bila pula gilirannya untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya. Selepas majlis ‘bridal shower’ adik semalam, ramai bertanya bila pula giliran saya,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, semuanya sudah tertulis jika adiknya terlebih dahulu bertemu jodoh berbanding dirinya. Ujar Uqasha lagi, dia tidak mahu terburu-buru mencari pasangan sehingga tersalah pilih hanya kerana mahu cepat kahwin.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu dia tidak kisah mengenai soal status atau pangkat kerana apa yang penting baginya ialah bakal suaminya itu boleh menerima dirinya seadanya.

“Saya tidak mahu tersalah pilih disebabkan hendak cepat kahwin. Apa yang pernah berlaku kepada diri saya dulu, saya tidak mahu ada yang menghukum.

“Saya berharap pengalaman itu beri peluang kepada saya bertemu lelaki yang boleh menerima dan membimbing diri ini ke jalan lebih baik. Saya tidak letak sebarang ciri-ciri idaman, cukup jika dia terima diri ini,” katanya.

Kredit: Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here