Home AGAMA Sungguh Hebat Teknik Farah Lee Guna Untuk Ajar Anak Menghafaz Al-Quran.

Sungguh Hebat Teknik Farah Lee Guna Untuk Ajar Anak Menghafaz Al-Quran.

754
0
SHARE

Apa yang diperlukan bagi membolehkan kanak-kanak menjadi hafiz dan hafizah adalah dengan mendidik mereka mendalami Al-Quran sejak kecil lagi.

Bahkan ianya tidak mustahil untuk anak-anak menghafalnya kerana mereka diibaratkan seperti kain putih dan mempunyai daya ingatan serta memori yang bagus untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran.

Bukan itu sahaja, sambil kita mengajar anak-anak menghafal, secara tidak langsung kita pun sebenarnya turut membaca Al-Quran juga sekali gus memberi manfaat buat kita untuk dijadikan bekalan di akhirat kelat dada mereka, Insyaa Allah ianya dapat memberi syafaat di akhirat kelak.

Personaliti media sosial dan pengasas rangkaian baju Omma Esabel, Farah Lee telah berkongsikan cara dia mengajar anaknya, Maream Esabel cara-cara menghafal beberapa doa dan surah Al-Quran semenjak permata hatinya itu berusia setahun lagi!

Maream Esabel yang kini berusia 5 tahun bukan sahaja pandai mengaji bahkan boleh mengalunkan surah Al-Fatihah serta surah 3 Qul dan beberapa lagi ayat-ayat Al-Quran yang lain.

Ibu bapa mana yang tidak menginginkan anak-anak mereka menjadi hafiz dan hafizah
Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1 hingga 6.

Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni.

Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts.

Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je.

Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha

But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well. Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents.

Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa. So basically :

1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran.

2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : Al-Fatihah, Ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , Al-Hasyr 21-24 (ruqyah), Ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), An-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), Al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah) + mana-mana ayat yang omma sedang hafaz.

So mungkin sebab ulang-ulang dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak-anak selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah ‘Semut berkawad satu satu horaa horeyy’ tak? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa. Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu.

3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak-lepak omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat-pelat boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM.

Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya. Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi.

4. In between Maghrib dan Isya’ kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream ; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ok, omma akan ajar dia mengaji.

Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time.

5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio.

So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat-ayat tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je.

6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, “You are what you eat”. Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain).

Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat.

7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here