Home KESIHATAN Seorang bayi berjaya dilahirkan, pasangan kembar dalam perutnya ‘lahir’ sehari kemudian –...

Seorang bayi berjaya dilahirkan, pasangan kembar dalam perutnya ‘lahir’ sehari kemudian – Dunia

855
0
SHARE

SEORANG wanita Colombia melahirkan seorang bayi yang mana terdapat seorang lagi ‘bayi’ separuh terbentuk, tetapi masih berkembang, di dalam perutnya.

‘Bayi’ tersebut adalah pasangan kembarnya sendiri.

Jenis kelahiran ini, satu contoh ‘fetus-in-fetu’ sangat jarang berlaku, tetapi kes seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Keadaan ini digambarkan dalam jurnal perubatan British pada tahun 1808 dan dianggap berlaku pada kira-kira satu dalam setiap 500,000 kelahiran.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kelahiran hampir sama sering berlaku di India, Indonesia dan di Singapura.

Kes terbaharu adalah lebih luar biasa, kerana para doktor secara jelas mengenal pasti ‘fetus-in-fetu’ semasa kehamilan, menurut Dr Miguel Parra-Saavedra, pakar kehamilan berisiko tinggi di Baranquilla, Colombia, yang menyelia kelahiran tersebut.

Dia pertama kali bertemu wanita berkenaan, Monica Vega, ketika usia kandungannya 35 minggu, lima minggu lebih pendek daripada kelahiran biasa.

Pakar obstetriknya pada mulanya percaya janinnya mempunyai sista hati.

Tetapi, menggunakan pengimejan ultrabunyi Doppler dan 3D/4D berwarna, Dr Parra-Saavedra dapat melihat bahawa ruang yang dipenuhi bendalir itu sebenarnya mengandungi ‘bayi’ kecil, disokong oleh tali pusat berasingan yang mana ia terhubung ke usus kembarnya yang lebih besar.

“Saya beritahu ibunya dan dia sukar mempercayainya,” kata Dr Parra-Saavedra.

“Tetapi saya jelaskan langkah demi langkah, dan dia faham.”

Dia memaklumkan rangkaian berita televisyen tempatan, yang membuat liputan tentang Vega, 33, termasuklah kelahiran anak perempuannya, Itzamara, serta pembedahan untuk mengeluarkan ‘kembar’nya.

Pada 22 Februari ketika usia Itzamara 37 minggu dan beratnya sekitar tujuh pound, doktor memutuskan untuk ‘melahirkannya’ melalui cesarean, kerana mereka bimbang ‘kembar’ itu akan merosakkan organ-organ dalam perutnya.

Keesokan harinya, mereka mengeluarkan janin kembar Itzamara melalui pembedahan laparoskopi. Ia berukuran kira-kira 2 inci panjang dan mempunyai kepala dan anggota asas, tetapi tidak mempunyai otak dan jantung, kata Dr Parra-Saavedra.

Pembedahan laparoskopi dilakukan bagi mengeluarkan janin ‘kembar’ dalam perut Itzamara.

‘Fetus-in-fetu’ kadang-kadang disalah diagnosis sebagai teratoma, tumor yang mungkin mengandungi tulang, tisu otot dan bulu.

Perbandingan DNA sedang dilakukan, tetapi Dr Parra-Saavedra tidak ragu-ragu bahawa janin itu bermula sebagai kembar identik dari ovum yang sama.

Kerana janin yang lebih kecil itu mengambil khasiat daripada pasangan kembarnya yang sempurna, ia dipanggil heteropagus atau kembar parasit.

Terdapat kembar heteropagus yang dilahirkan sebagai satu pasangan yang sihat, sementara ada yang tumbuh sebahagiannya di dalam dan sebahagiannya di luar badan kembar mereka.

Keadaan ‘fetus-in-fetu’ itu dipercayai akan berkembang tidak lama selepas hari ke-17 ‘dilahirkan’, apabila embrio menyerupai seperti cakera dan kemudian melipat dirinya sendiri untuk membentuk janin memanjang.

“Itzamara berada dalam keadaan baik,” kata Dr Parra-Saavedra.

“Dia mempunyai bekas luka kecil di perutnya, tetapi dia adalah bayi biasa kecuali seluruh dunia bercakap mengenainya.” -NY Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here