Home KESIHATAN PENCEMARAN KIMIA: Tak Perlu Pindah Penduduk Kerana Rumah Boleh Ditutup Pintu –...

PENCEMARAN KIMIA: Tak Perlu Pindah Penduduk Kerana Rumah Boleh Ditutup Pintu – MB Johor

581
0
SHARE

Pasir Gudang 13 Mac : Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata penduduk di kawasan perumahan di sini adalah tidak tidak terjejas dengan pencemaran kimia yang berlaku oleh kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari.

Beliau menjawab sedemikian apabila ditanya oleh wartawan sama ada penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai yang tercemar dengan bahan kimia tersebut perlu dipindahkan.

“Saya lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah. Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya. Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari .. kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah.” – Datuk Osman Sapian

Osman berkata demikian ketika sidang media di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) petang tadi.

Pada perkembangan yang sama, Osman turut mengumumkan pasukan petugas khas (task force) bagi menangani isu pencemaran kimia tersebut. Pasukan itu melibatkan beberapa agensi berkaitan bagi menyiasat punca sebenar pencemaran berkenaan. Beliau juga meluluskan peruntukan bantuan kecemasan dan memberi fokus kepada pengawalan pencemaran yang melanda kawasan itu.

Sementara itu, Dr Maszlee Malik, menteri pendidikan mengarahkan 34 buah sekolah di sekitar kawasan terjejas ditutup serta merta memandangkan keadaan semakin kritikal.

Kredit: TTKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here