Home AGAMA Subsidi Haji Bakal Dikurangkan – Menteri Agama

Subsidi Haji Bakal Dikurangkan – Menteri Agama

485
0
SHARE

Kuala Lumpur 20 Mac: KERAJAAN akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito’ah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Harian Metro melaporkan beliau sebagai berkata, konsep berkenaan akan diperkenalkan pada masa depan bagi mengurangkan bantuan daripada Tabung Haji.

“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu.”

“TH bantu kurangkan beban mereka, tetapi daripada sudut keperluan fekah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu,” – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu tahu tindakan sama ada terdapat perbincangan dengan Kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kos langsung haji sekali gus membantu meringankan beban jemaah haji.

Mujahid berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

“Kita kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita semakin hampir RM400 juta, tambah lagi RM12,920, maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap saja.”

“Tidak naik, tapi kita setiap tahun makin bertambah tanggungan,” – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu berkaitan kuota haji yang diterima iaitu pakej muassasah kurang menyebabkan penggiliran lebih lama, Mujahid berkata, kuota Malaysia ialah 30,200 orang

“Dalam pembahagian, kita akan tumpukan lebih kepada pakej muassasah kerana layak mendapat bantuan subsidi daripada TH manakala pakej swasta, bayaran lebih tinggi,” – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Berita Harian pula melaporkan Mujahid sebagai berkata, langkah pengurangan subsidi ditanggung TH wajar dilaksanakan kerana kos bantuan kewangan yang perlu disalurkan kepada setiap jemaah haji meningkat saban tahun.

Bagaimanapun, katanya, kos yang perlu ditanggung bakal jemaah haji muassasah di negara ini kekal pada kadar RM9,980.

“Persoalan ini akan diambil perkiraan penting kerana kita tidak boleh berterusan begini, (sebaliknya) kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji pada masa depan perlu menepati kaedah kemampuan.

“Ia sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita tanggung hampir RM400 juta untuk menambah RM12,920 kepada kos setiap bakal jemaah haji,” – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Pada 14 Februari lalu, Mujahid dilaporkan berkata, kerajaan memberi jaminan jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji muassasah TH yang menunaikan haji kali pertama dikekalkan pada RM9,980.

Beliau berkata, TH berusaha menanggung subsidi lebih RM306 juta susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang, berbanding RM22,450 pada musim haji lalu, meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, TH menanggung subsidi lebih RM1 bilion dalam tempoh 10 tahun.

Sumber: TTKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here