Home SEMASA Jangan salahkan ‘games PUBG’- Syed Saddiq

Jangan salahkan ‘games PUBG’- Syed Saddiq

378
0
SHARE

“PERCAYALAH ada atau tidak games (permainan dalam talian), kalau orang (suspek) dah ada fahaman exterisme… mereka akan buat dan lakukan keganasan itu,” kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan mahu mengharamkan permainan secara dalam talian yang berunsur keganasan seperti PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) susulan insiden berdarah di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Syed Saddiq berkata, permainan berkenaan tiada kaitan dengan keganasan yang berlaku sebaliknya ia lebih besar pada itu.

“Kita harus beri penghormatan kepada mangsa dan jangan cepat salahkan ‘games’ (permainan) ini.

“Adakah ia bermaksud kita kena haramkan semua ‘games’ kerana ia berkait rapat dengan unsur penembakan? Saya rasa ia (insiden di Christchurch) lebih besar pada itu.

“Sebelum tiada PUBG, keganasan tetap berlaku justeru, kita jangan cepat salahkan satu sebab,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Festival Asia GT di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, hari ini.

Katanya, beliau berpendapat unsur keganasan harus dikecam oleh rakyat seluruh dunia kerana ia bercanggah dengan prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh rakyat Malaysia dan masyarakat di seluruh dunia.

Permainan PUBG menarik perhatian netizen apabila ia dikatakan mirip serangan bersenjata ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Beberapa hari lalu, Gujarat adalah satu-satunya negeri di India yang mengharamkan permainan PUBG selepas ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa di negara terbabit kerana ia dilihat lebih banyak mendatangkan pengaruh buruk termasuk unsur ganas.

Menurut AFP, permainan itu dimuat naik oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here