Home RUMAH TANGGA Guna Duit Isteri Nikah Lagi, Cantik Sungguh Isteri Baru

Guna Duit Isteri Nikah Lagi, Cantik Sungguh Isteri Baru

548
0
SHARE

SEORANG lelaki dikatakan ahli perniagaan kaya yang mengahwini artis Indonesia, Bella Luna, 25, rupa-rupanya meminjam wang berjumlah 2 bilion rupiah (RM578,000) daripada isteri pertamanya untuk dijadikan hantaran dan mas kahwin.

Malah, menurut media Indonesia, pelakon sinetron dan model itu tidak mengetahui lelaki berkenaan, Eko Hendro Prayitno, 38, atau dikenali sebagai Nana sudah berkahwin dan hanya mengetahui status suaminya pada petang hari perkahwinan mereka 15 Februari lalu.

Razman Nasution peguam Shirley Chandrawati iaitu isteri pertama Nana bersemuka dengan Bella Luna dalam rancangan bual bicara Indonesia, Hotman Paris, semalam dan rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Instagram @hotmanparisdhow_inews.

Bella menjelaskan dia bersedia berkahwin dengan Nana kerana menyangka lelaki terbabit masih bujang malah pelakon itu bersumpah dengan nama Tuhan tidak tahu suaminya sudah beristeri.

“Benar kamu enggak (tidakk) tahu?” tanya Razman.

“Benar hu Allahi,” kata Bella sambil mengangkat tangannya bersumpah.

Sementara itu, Tribun Jabar melaporkan, Shirley berkata, suaminya meminta meminjam wang kononnya untuk digunakan sebagai modal perniagaan.

“Nana beritahu dia mahu meminjam wang untuk dijadikan modal. Ia adalah wang simpanan anak-anak tetapi sebenarnya dia gunakan untuk mas kahwin,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, jurucakap Bella Luna berkata, pelakon itu hanya mengetahui lelaki terbabit sudah beristeri pada hari pernikahan mereka.

“Bella Luna tidak tahu Nana sudah berkahwin dan hanya mengetahui status suaminya pada hari berkenaan. Berlaku kekecohan dan Bella Luna menampar Nana,” katanya.

Menurutnya, mas kahwin yang dimaksudkan itu juga termasuk sebuah rumah berharga 2 bilion rupiah.

“Mas kahwin yang diberikan kepada Bella ialah rumah berharga 2 bilion rupiah dan emas seberat 88 gram, bukan 88 kilogram serta kelengkapan solat,” katanya.

Bagaimanapun, Bella Luna dikatakan berjanji memulangkan kembali mas kahwin yang diberikan kepadanya.

Sementara itu, Detik.com melaporkan Bella Luna sudah menandatangani surat cerai kerana berasa tertipu.

“Saya sudah tanda tangan surat cerai dengan Nana. Cuma Nana belum tanda tangan,” kata Bella.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Sape2 pompuan nak kawin pasni, semak dulu status laki tu kat majlis agama. Kalau bujang, gohett.. kalo laki org, gostan.

Curang dengan bini,kahwin lain pon guna duit bini,pergghhh,bukan biase2 dia punya curang ni,patut dapat award suami paling dayus didunia

Jgn jd kes kat rumah aku ni.. Isteri penat lelah buat kuih jual kuih muih…suami tlg je isteri pusing2x kuih dlm kuali.. Tlg isi kuih dlm plastik utk pembeli.. Separuh duit dr meniaga mengharapkn sang suami simpan di dlm bank… Bile dh beberape tahun, si suami pun kahwin lain senyap2x.. Duit licin dlm bank

Ramai lelaki suka ambil kesempatan macam ni.. Pinjam duit isteri untuk buat berniaga. Hidup atas tanggungan orang lain. Still bodoh tak pandai berusaha cari duit sendiri. Nak kawin pon pakai duit bini. Sedap2 bawak awek naik kereta bini. Bila lelaki tak ada maruah, macam inilah..tak tahu malu. Bile isteri buka cerita, masa tulah cakap isteri malukan dia. Masa buat jahat, adakah ko ingat malu itu hahaha

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here