Home AGAMA Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) cabar Mujahid letak jawatan, mohon Majlis Raja-raja Melayu...

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) cabar Mujahid letak jawatan, mohon Majlis Raja-raja Melayu pecat Tommy Thomas

295
0
SHARE

Tommy ThomasUMMAH mohon Majlis Raja-Raja Melayu pecat Tommy Thomas

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) memohon Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengadakan sidang khas bagi memecat Tommy Thomas dan melantik Peguam Negara baharu bagi menjaga kesucian agama Islam di negara ini.

Timbalan Presiden UMMAH, Kamalruzaman Mohamad berkata, ini kerana banyak tindakan seperti isu kematiian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan penghiinaan terhadap agama Islam, serta Nabi Muhammad, seolah-olah ‘disejukbekukan’ oleh peguam negara.

“Sekiranya dibiarkan AG hari ini lebih lama di kerusi peguam negara, saya yakin keadaan akan menjadi lebih p@rah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini, selepas membuat aduan berhubung penghiinaan terbaharu terhadap agama Islam, Melayu dan Nabi Muhammad ?.

Ditanya sama ada UMMAH mahu mencadangkan calon muslim bagi menggantikan peguam negara sedia ada, Kamalruzaman menegaskan, sewajarnya orang Islam dipilih kerana salah satu tugas peguam negara adalah memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan undang-undang syariah.

“Bagaimana seorang yang bukan daripada latar belakang perundangan Islam boleh memberikan nasihat yang baik dan tepat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam isu-isu membabitkan undang-undang syariah.

“Sebelum ini, ketika krisis peguam negara, UMMAH telah menghantar cadangan seramai lapan calon untuk dilantik sebagai peguam negara. Namun, tiada tindakan diambil,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamalruzaman berkata, sekiranya Majlis Raja-Raja bersetuju melakukan perubahan, UMMAH akan menyokong dan sekali lagi bersedia untuk memberikan cadangan nama tokoh yang sesuai untuk berada di kerusi peguam negara.

Katanya, UMMAH akan mencadangkan individu yang beragama Islam serta mempunyai latar belakang perundangan Islam yang baik dan dan rekod yang cemerlang.

Hiina Nabi: Kalau Mujahid gagal bertindak baik letak jawatan

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) cabar Mujahid letak jawatan, mohon Majlis Raja-raja Melayu pecat Tommy Thomas

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menc@bar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa untuk meletak jawatan sekiranya tidak mampu untuk menjaga agama Islam daripada dihina.

“Anda tidak layak memegang jawatan ini sekiranya anda tidak mampu menjaga kedudukan agama Islam yang dijamin dalam Perlembagaan.

“Sila letak jawatan kalau anda tidak mampu untuk menjaga kemuliaan agama Islam yang kami cintai,” tegas Timbalan Presiden UMMAH, Kamaruzaman Mohamad.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini terhadap beberapa individu yang didapati membuat penghinaan kepada agama Islam serta Nabi Muhammad ?.

Semalam, pemilik akaun Twitter menggunakan nama ‘Alvin Chow’ menghiina bangsa Melayu dan menc@ci Nabi Muhammad ? dengan mengeluarkan pelbagai kata kesat.

Kamaruzaman berkata, isu berlaku pada hari ini seolah-olah wujud secara terancang bagi menimbulkan ketegangan antara kaum.

Beliau turut yakin akan ada pihak yang mengaut keuntungan daripada suasana tegang yang berlaku di antara kaum di negara ini.

“Ini bukan sahaja membangkitkan isu sensitif tetapi penghinaan luar biasa terhadap pemimpin yang dimuliakan penganut agama Islam. Dan saya telah beri @maran kepada menteri menjaga agama, Mujahid supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang.

“Sebaliknya, apa yang berlaku, beliau lebih menekan orang yang bangkit membela maruah Nabi Muhammad ? berbanding orang yang menghiina Nabi Muhammad ?,” katanya.

Pada masa sama, UMMAH menggesa supaya pihak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu sebelum menjadi lebih p@rah dengan berlakunya ketegangan kaum di dalam negara ini.

“Saya bimbang sekiranya aktiviti (penghiinaan terhadap Nabi Muhammad ?) tidak dikawal, masyarakat akan ambil tindakan sendiri sekali gus menjadikan keadaan menjadi lebih rumit,” kata Kamalruzaman.

Terdahulu, sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat UMMAH bersama lima NGO lain.

Penghinaan terhadap Islam: Mujahid minta lapor polis

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) cabar Mujahid letak jawatan, mohon Majlis Raja-raja Melayu pecat Tommy Thomas

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta orang ramai membuat laporan polis bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak terhadap individu yang menghiina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghiinaan terhadap Islam mahupun agama-agama dan kaum lain.

“Saya tegaskan sekali lagi, kerajaan memandang serius hal ini dan pihak kami akan mencadangkan hukum@n yang lebih berat dikenakan.

“Namun, dalam proses ini saya menyeru orang ramai untuk membuat laporan polis bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak. Bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghiinaan kepada Islam dengan bertindak berkongsi ‘posting’ dan juga ‘screenshot’ berkenaan.

“Jika kita sayangkan Islam, jadilah ummah yang cakna. Bersama kita membina negara yang lebih sejahtera. Sebuah negara rahmah yang kita cita-citakan,” katanya.

Isu penghiinaan terhadap Islam dan Rasulullah ? tidak berkesudahan apabila semalam, pemilik akaun Twitter menggunakan nama ‘Alvin Chow’ menghiina bangsa Melayu dan mencaci Nabi Muhammad ?.

Lelaki berbangsa Cina berkenaan dikatakan seolah-olah sengaja memuat naik status menghina, biarpun @maran dan peringatatan telah diberikan.

Terdahulu, pemilik akaun Foo Sing Wai melakukan perkara sama apabila memuat naik karikatur berunsur penghiinaan terhadap Nabi Muhammad ? dan isteri Baginda, Saidatina Aishah.

Warga emas berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia dipenjara selepas gagal membayar wang jaminan RM20,000 yang diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 27 Februari lalu.

Sumber dari IsmaWeb

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here