Home AGAMA ALHAMDULILLAH Adik Lelaki Ayana Jihye Moon Sah Peluk Islam

ALHAMDULILLAH Adik Lelaki Ayana Jihye Moon Sah Peluk Islam

228
0
SHARE
CONVERT

Adik lelaki dari selegram berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon kini sah telahpun memeluk agama Islam. Ini bermaksud Ayana akan memiliki dua orang dari ahli keluarganya yang masuk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas. Hal tersebut diungkapkan Ayana menerusi Instagram peribadinya, Isnin (11/3/2019).

“Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar? #muallaf #Islam”- tulisnya di Instagram

Ayana tertarik dengan Islam sejak dari bangku sekolah lagi, ketika dia melihat ramainya pelancong pergi ke restoran bertanyakan soal makanan halal. Setelah itu, dia banyak belajar Islam dan memutuskan untuk masuk Islam.

Wanita yang memiliki nama lengkap Ayana Jihye Moon adalah satu-satunya yang beragama Islam di keluarganya. Meskipun begitu, Ayana tetap terus memeluk Islam dan mengenakan tudung. Padahal, di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam dari 50 juta penduduk.

Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

5 Hal Tentang Ayana Jihye, Gadis K-Pop Jadi Model Hijab
Di tahun 2015 yang lalu, nama Ayana Jihye Moon menjadi tular di Malaysia dan Indonesia. Kisahnya menjadi sebutan kerana dia merupakan warga Korea yang memilih untuk menjadi seorang mualaf pada tahun 2012 dan kemudian terus berhijab. Hal itu tentu menarik perhatian peminat K-Pop di Tanah Air.

Perkembangan terbaru Ayana, kini dia telah menjadi seorang model hijab. di Malaysia dan kebelakangan ini dia sering terlihat menggayakan fesyen yang ditunjukkan menerusi Instagramnya. Nak tahu lebih mengenai gadis jelita ini?

Jom lihat 5 Fakta mengenai pesona gadis cantik mualaf berasal dari Korea ini.

1.Bekas Anggota F-VE Dolls
Ayana Jihye Moon merupakan bekas anggota kumpulan band wanita, F-VE Dolls. F-VE Dolls merupakan sebuah band Korea dengan dianggotai tujuh orang. F-VE Dolls sempat mengalami perubahan anggota dari berlima menjadi berenam

Beberapa lagu sudah dikeluarkan oleh F-Ve Dolls seperti Lip Stains, Your Words, Like This Or That, dan masih banyak lagi. Hangat.com difahamkan band ini memutuskan bubar pada tahun 2015.

Sebahagian besar anggota bergabung di kumpulan band yang lain atau menjadi artis solo. Ayana Jihye Moon lah yang memutuskan menjadi mualaf dan mula berhijab.

2. Peluk Islam Ketika Remaja
Ayana memutuskan untuk memeluk agama Islam ketika dia masih remaja. Gadis yang dilahirkan 28 Disember 1995 ini sangat begitu suka dengan ajaran Islam.

Akhirnya, dia memutuskan untuk mempelajari ilmu Islam melalui internet. Pengalamannya memutuskan untuk memeluk Islam dikongsikan melalui akaun Youtube-nya.

3. Tinggalkan Negara Asal
Tak hanya sekadar mempelajari agama Islam dari internet saja, Ayana juga rela meninggalkan negaranya. Dia memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Islam di Universiti Islam Malaysia (UIA).

4. Tertarik dengan negara Timur Tengah Sejak kecil
Sememangnya Ayana tertarik tentang Islam sejak dia kecil lagi. Dia begitu tertarik terhadap segala sesuatu tentang Islam, Muslim, Arab, dan Timur Tengah sejak kecil.

Ketika usia 8 tahun, Ayana tak sengaja mendengar isu tentang Irak. Isu tentang Islam masih sangat sensitif di Korea. Ini kerena saat itu segala tindakan terorisme dikaitkan dengan Islam. Oleh sebab itu, Ayana tetap mahu mendekati agama Islam hingga memutuskan untuk mempelajarinya lebih dalam.

5. Cantik Semulajadi
Kecantikan Ayana Jihye Moon tak diragukan lagi. Wajahnya yang putih dan cantik membuat dia tampak bersinar. Namun, kecantikan Ayana ini sebenarnya secara semula jadi tanpa sentuhan pembedahan plastik.

Sumber Kapan Lagi

Kredit:hangat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here