Home ROHANI WAJIB BACA!!!! Ini punca suami isteri kerap bergaduh. Ramai suami isteri terlepas...

WAJIB BACA!!!! Ini punca suami isteri kerap bergaduh. Ramai suami isteri terlepas pandang dan anggap remeh tentang perkara ini..

212
0
SHARE

WAJIB BACA!!!! Ini punca suami isteri kerap bergaduh. Ramai suami isteri terlepas pandang dan anggap remeh tentang perkara ini..

KALAU nak baca Al Quran pun malas, tak payah nak pelik sangat kenapa hubungan suami isteri selalu bermasalah.

Ada yang setiap bulan gaji tak cukup, kadang-kadang ada benda hilang. Akhirnya sampai bertikam lidah dengan pasangan. Puncanya apa?

Cuba renungkan perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini sekekap, mungkin kita pun dah jauh dengan Allah. Malah langsung tak mengaji Al-Quran walau cuma sepuluh ayat. Betapa ‘miskinnya’ kita.

Langsung tak baca Al-Quran

Rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.

Nauzubillahhi minzalik.

Bahkan Jin Syaitan suka ganggu rumah tangga yang melupai Allah SWT tau. Itu yang suami isteri selalu bergaduh, anak-anak bermasalah, tak tenteram, asal balik rumah jadi serabut.

Di dalam kitab Fiqhu Qiraatil Quranil Kareem, yang dikarang oleh Syeikh Said Yusof menyebutkan agar selalulah mengingati Allah SWT dengan membaca surah Al-Baqarah agar terhindar gangguan Syaitan.

Ini berdasarkan hadis:

??? ?????????? ??????????? ?????????? ????? ???????????? ???????? ???? ????????? ??????? ???????? ????? ??????? ???????????

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.

[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]

Jadi, kalau tak mahu hantu Jin kacau di rumah bacalah surah Al-Baqarah selalu ya. Paling utama niat kerana Allah SWT. Pastinya akan jadi ibadah yang ada ganjaran istimewa.

Jangan bagi alasan, semuanya makin mudah

Tak pandai baca al-Quran, belajarlah. Tak perlu malu walaupun usia dah lanjut. Gigi ada ke tak ada, itu bukan alasan. Janji usaha ada.

Yang muda, jangan tunggu tua. Game boleh install di Handphone, apatah lagi nak install software al-Quran kan?

Yang dah pandai, apalagi dah hafaz. Alhamdulillah, kalian hebat dan insan terpilih. Jangan sia-siakan.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here