Home POLITIK Rakyat harus beri peluang kerajaan PH baiki kerosakan peninggalan BN

Rakyat harus beri peluang kerajaan PH baiki kerosakan peninggalan BN

222
0
SHARE

Rakyat harus beri peluang kerajaan PH baiki kerosakan peninggalan BN

KETUA Srikandi PPBM Selangor, Datin Sharifah Salmah Syed Agil berpendapat rakyat perlu berpijak di bumi nyata dengan memberi peluang kepada kerajaan PH melakukan perubahan.

Menurut ahli perniagaan itu, langkah lebih teliti perlu diambil kira sekali gus menuntut lebih banyak masa demi manfaat semua pihak memandangkan kerosakan yang ditinggalkan BN sebelum ini terlalu membinasakan.

“Dalam tempoh tidak sampai setahun ini, mereka jangka bintang di langit. Tidak bolehlah begitu. Kita baru (jadi kerajaan).

“Walaupun pemimpinnya, Tun Dr Mahathir orang lama tetapi kerosakan yang dibuat itu terlampau teruk. Jadi, kena ambil masa,” ujarnya kepada portal Malaysia Dateline.

Beliau antara pemimpin PH peringkat negeri yang hadir mengiringi lawatan kerja Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda PPBM.

Mengulas lanjut, Sharifah berkata, kejayaan sesebuah syarikat pun bukan dapat dicapai dalam tempoh singkat bahkan banyak janji pilihan raya BN ketika berkuasa sebelum ini tidak semuanya terlaksana.

“Kalau syarikat pun ambil masa dua tahun baru nampak prestasinya. Ini untuk PH apabila jadi kerajaan, mereka harapkan keajaiban. Tidak logiklah.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here