Home SEMASA PH akan menang di Semenyih – Tun M

PH akan menang di Semenyih – Tun M

200
0
SHARE

PH akan menang di Semenyih – Tun M

PUTRAJAYA: : Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad percaya pihak mereka akan memperoleh kemenangan di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan analisa awal, peluang PH untuk mempertahankan kerusi itu cerah, melainkan sesuatu yang luar biasa dilakukan oleh gabungan UMNO dan Pas.

“Dalam Barisan Nasional ada cuma UMNO sahaja, dan UMNO pun separuh saja…tak ada lah lah banyak. Tapi kita tahu berkenaan kerjasama mereka, dan kalau kita ambil kira campuran antara UMNO dan Pas, kemenangan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PH pada PRU14, bukan 8,000 tapi 1,000 (undi) saja.

“Jadi kita sedar kemenangan kita tipis dahulu, dan kita sudah atur cara untuk mengatasinya,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Salahuddin Ayub, dan pimpinan kanan PH yang lain.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, bagi melancarkan lagi gerak atur pilihan raya kecil itu, PH akan menubuhkan satu badan bagi memeriksa dan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap parti itu.

Selain itu, badan berkenaan juga akan berfungsi untuk memberi penjelasan kepada kerajaan tentang segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Dalam sidang media itu, Muhyiddin turut diumum sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PH bagi PRK DUN Semenyih.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here