Home SEMASA Percayalah Syurga Buat Kamu, Damailah Bersama Para Syuhada”. Kata Kata dan Doa...

Percayalah Syurga Buat Kamu, Damailah Bersama Para Syuhada”. Kata Kata dan Doa terakhir daripada PU Amin Ini Buat Ramai Menitis Air Mata

220
0
SHARE

“Percayalah Syurga Buat Kamu, Damailah Bersama Para Syuhada”. Kata Kata dan Doa terakhir daripada PU Amin Ini Buat Ramai Menitis Air Mata ????????

Kisah ‘pemergian’ Abdul Bari Asyraf yang terkor-ban kerana cuba menyelamatkan 5 sekeluarga yang hampir lemas sememangnya mencuri perhatian jutaan rakyat Malaysia.

Ramai menitiskan air mata membaca dan melihat kisah betapa mulia seorang pemuda yang nekad terjun ke sungai kerana mahu menyelamatkan nyawa orang lain tanpa memikirkan nyawa sendiri yang turut berdepan bahaya.

Kisah yang mengejutkan ramai ini bukan hanya diperkatakan netizen malah turut mendapat perhatian beberapa selebriti dan pendakwah terkenal, antaranya adalah PU Amin dan PU Azman.

Dalam sebuah status PU Amin menzahirkan perasaan sedih dan kagum dengan sifat mulia Allahyarham Abdul Bari. Malah beliau turut berkata ar wah pergi sebagai syahid dan akan mendapat balasan syurga.

” Mulianya diri kamu, mengorbankan diri untuk menyelamatkan nyawa manusia lain. Percayalah, SYURGA buat kamu duhai Sang Hero Al Marhum Abdul Bari Aysraf. Kamu pergi dengan mulia. Damailah kamu bersama Para Syuhada” tulis PU Amin

Selain itu seorang lagi pendakwah terkenal iaitu PU Azman turut meluahkan perasaan sama. Beliau turut sama menyatakan rasa sedih dan mendoakan Allahywarham Abdul Bari.

” Allahyarham Abdul Bari Asyraf yang terkorban sewaktu menyelamatkan lima sekeluarga di Sungai Terengganu.
Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau.

” Juga moga Allah mengurniakan ketabahan dan ganjaran pahala di atas kesabaran kepada keluarga Allahyarham.
Ketika melihat sebuah kereta terjunam di muara sungai, Allahyarham tanpa lengah terus terjun untuk menyelamatkan mereka.  Anak muda jiwa besar. Semoga tenang di sana.

Sementara itu rata-rata netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan kesejahteraan ar wah di alam ‘sana’.

Ramai juga rakan ar wah termasuk bekas rakan sekolah dan kenalan sekampung berkongsi perasaan dan sifat peribadi ar wah sewaktu masih hidup.

” Satu sekolah ngan saya dulu ni ustaz.. Mulianya arwah pergi dgn ma ti syahid.. Al Fatihah untuknya.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Aamiin..”

” Org kampung saya tu. Ar wah mmg budak baik. Sukar dicari insan sebegini tanpa berfikir dua kali. Ucapan takziah kepada keluarga dan Al-fatihah..”

” Mase hidup x ramai yg kenal. tp saat-saat kema tian nya ramai yg kenal n ramai yg mgdoakan, pasti ada amalan2 yg beliau buat mase hidup yg diterima Allah.kema tian yg dicemburui..”

” True hero… tak semua berani dan sanggup bekorban nyawa. alfatihah buat Abdul bari, Muhammad Adib, & semua muslimin muslimat. Alfatihah..”

Dalam pada itu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turu berkata bawaha ‘pemergian’ Abdul Bari sebagai syahid.

Ia bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW orang yang lemas adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ma ti syahid.

“Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: ‘Orang yang ma ti syahid ada lima kategori iaitu ma ti kerana wabak taun, ma ti kerana sakit berkaitan perut, ma ti lemas, ma ti dihempap runtuhan dan ma ti syahid ketika berperang di jalan Allah’,” katanya dalam catatan di laman Facebook, petang ini.

Mayat Abdul Bari Asyraf ditemui anggota bomba dan penyelamat serta orang awam pada 7.23 pagi hari ini dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, selepas Zuhur.

Zulkifli turut berkata, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya.

“Sesungguhnya, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya termasuk dalam kategori syahid, Insya-Allah,” katanya.

Malah, Zulkifli berkata, akhlak terpuji Allahyarham itu wajar dijadikan contoh dan ikutan anak muda di negara ini.

“Allahyarham adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan supaya keluarganya dan penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

“Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohinya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : bharian & IG PU Amin

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here