Home POLITIK Kotakan janji atau k’jaan akan tumbang – Dr Mahathir

Kotakan janji atau k’jaan akan tumbang – Dr Mahathir

139
0
SHARE

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, mana-mana kerajaan akan tumbang jika gagal mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat.

Beliau berkata keadaan ini juga akan berlaku kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Rakyat telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa untuk pembangkang mengambil alih kuasa dan pembangkang telah membuat banyak janji. Jadi sekarang negara sedang memerhatikan kerajaan pembangkang ini melaksanakan janji-janji itu.

“Tetapi malangnya mereka (PH) mendapati diri mereka tidak dapat melaksanakan banyak janji mereka.

“Jadi, kini bermula pusingan seterusnya untuk memperlekehkan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada perasmikan Festival Demokrasi Kuala Lumpur 2019 di Kuala Lumpur hari ini.

Festival lima hari itu dianjurkan oleh Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA).

Turut hadir, Menteri Pertahanan, ???????Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here