Home SEMASA Jangan guna dana rakyat untuk biayai sekolah tahfiz – Siti Kassim

Jangan guna dana rakyat untuk biayai sekolah tahfiz – Siti Kassim

597
0
SHARE

PEGUAM kontroversi, Siti Kassim menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhenti menggunakan peruntukan diberikan kerajaan kepada badan berkenaan untuk membiayai sekolah tahfiz.

Beliau dipetik FMT berkata, kerajaan perlu memastikan dana diberikan kepada Jakim tidak digunakan bagi tujuan tersebut berikutan ianya adalah wang hasil kutipan cukai dibayar oleh rakyat.

Ujarnya, berbading “sekolah-sekolah lain yang perlu menempuhi pelbagai prosedur sebelum dibenarkan untuk mengambil pelajar,” sekolah tahfiz mucul dimana-mana sahaja dan mendapat dana daripada Jakim.

Kenyataan Siti sebagai respon kepada cadangan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula peranan Jakim bagi menentukan masa depan jabatan tersebut.

Kata Siti, sekolah-sekolah tahfiz yang lengkap dengan kemudahan mudah ditubuhkan selain senang mendapat dana daripada Jakim tanpa mengikut saluran yang tepat, berbanding sekolah agama lain.

Tambahnya, beliau tidak menghalang ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz tetapi menegaskan bahawa kos pembelajaran tersebut perlu ditanggung ibu bapa sendiri, bukannya Jakim – apatah lagi menggunakan duit rakyat.

“Orang beragama lain melakukannya. Sekolah agama mereka tidak dibiayai oleh kerajaan.

“Tambahan itu, mereka juga pembayar cukai, bermaksud wang mereka juga pergi ke sekolah tahfiz.”

Mahathir ketika mengumumkan cadangan mengkaji semula Jakim mahu jabatan tersebut kembali kepada tujuan asal penubuhannya iaitu memberikan gambaran sebenar mengenai Islam.

Katanya, terdapat banyak larangan Islam tidak diberi perhatian oleh Jakim dan lebih tertumpu kepada, “cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

“Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam.”

Pengkritik Jakim Tawfik Ismail yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri ke-2, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, juga menggesa agar Jakim ditutup terus.

Setuju dengan pendapat Tawfik, Siti berkata, Jakim pada awalnya ditubuhkan untuk membidas ‘Islam’ yang dibawa oleh PAS.

“Kerajaan mempunyai medium dan jentera untuk menjelaskan kepada rakyat, terutama masyarakat Melayu, apakah Islam yang sebenar, bukannya Islam PAS atau ceramah oleh mereka yang dipanggil ulama,” katanya lagi sambil menggesa kerajaan menggunakan media arus perdana bagi menyampaikan Islam yang sebenar.

Sumber: Malaysian Digest

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here