Home HIBURAN Haram Juara Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33)

Haram Juara Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33)

477
0
SHARE

Lagu ciptaan Hael Husaini dan lirik Ezra Kong berjudul Haram muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi.

Naib Juara dimenangi komposer Hang Nadim, Laq, Kadok dan lirik oleh Hang Nadim dengan lagu Bunga yang dipersembahkan penyanyi Ara Johari. Mereka menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi.

Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya & Shah Shamshiri nyanyian Misha Omar. Mereka menerima wang tunai RM20,000 dan trofi.

Sementara itu, Misha Omar juga turut berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik, dan telah membawa pulang wang tunai RM12,000, dan trofi.

Seperti yang dijangkakan penyanyi Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu telah melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik serta menerima wang tunai RM12,000 trofi dan sebuah telefon pintar kamera kuad, Samsung Galaxy A9.

Persembahan 12 finalis AJL diadili 10 juri profesion pelbagai latar belakang iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Manan Ngah, Helen Yap, Ajai, Lok Yu, Ly, Ag Coco, dan Adi Priyo. Manakala Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

Segmen pembukaan dimeriahkan dengan persembahan Search dan DJ Fuzz. Manakala segmen Intermission pula dibawakan khas oleh Samsung dari penyanyi BBNU Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali dengan lagu Seribu Impian. Segmen terakhir iaitu Interlude dihangatkan oleh Nico, Juzzthin, Balan, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, Sonaone dan Alif.

AJL 33 mengekalkan gandingan hos Alif Satar dan Sherry AlHadad yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka yang bersahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here