Home AGAMA Dua lagi berhala di Surau Sabilul Huda Klang Selangor

Dua lagi berhala di Surau Sabilul Huda Klang Selangor

182
0
SHARE

DUA lagi patung berhala ditemui di atas pagar pintu masuk Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, hari ini.

Tiga hari lalu, patung berhala hampir sama ditemui di pintu masuk surau berkenaan namun, bersaiz besar.

Kejadian disedari seorang ahli kariah surau itu pada 2.45 petang ketika ke surau berkenaan untuk menghadiri kuliah agama.

Hasanah Ibrahim, 64, berkata, ketika itu dia bersama tiga lagi rakannya dan mereka ke surau dari rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter.

“Apabila menghampiri pagar surau, saya terlihat dua objek yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan tembok sebelah pintu, malah sebaik didekati, ia adalah dua patung berhala kecil saiz sebesar tapak tangan.

“Saya terkejut dan kemudian memberitahu tiga rakan, sebelum kami masuk ke surau dan memberitahu ahli jawatankuasa (AJK).

“Hal ini sangat mengejutkan kami terutama selepas kejadian tempoh hari,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, siak surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata, sangat bimbang dengan penemuan itu dan berharap isu berkenaan diselesaikan segera oleh pihak berkuasa.

Malah dia juga berharap surau berkenaan dipasang kamera litar tertutup (CCTV) segera, agar kejadian sama tidak berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menasihati orang ramai supaya tidak bertindak sendirian.

Katanya, tindakan begitu boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum dan mahu orang ramai menyerahkan kepada pihaknya untuk menyiasat.

Rabu lalu, Harian Metro melaporkan penemuan sebuah patung berhala oleh penduduk Taman Pendamar Indah yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama Surau Sabilul Huda,

Difahamkan, patung itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara 2.30 petang hingga 4.00 petang, sebelum disedari oleh Mohd Yatim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here