Home SEMASA Damailah Kau di Sana Abdul Bari. Bapa Mngsa Sempat Berkata ‘Sesuatu’ Yang...

Damailah Kau di Sana Abdul Bari. Bapa Mngsa Sempat Berkata ‘Sesuatu’ Yang Buat Ramai Sebak

213
0
SHARE

Damailah Kau di Sana Abdul Bari. Bapa Mngsa Sempat Berkata ‘Sesuatu’ Yang Buat Ramai Sebak

Bapa kepada Abdul Bari Asyraf, Mohd Mustafa, 66, melahirkan rasa syukur apabila ma yat anak lelakinya yang lema$ di Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, ditemui hari ini.

Mngsa ditemui dalam keadaan terapung di Kuala Tanjung berhampiran muara sungai jam 7.23 pagi ini oleh anggota bomba dan penyelamat serta orang awam.

Mohd dalam keadaan sugul tetapi tenang sebaik tiba di perkarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 8.45 pagi ini.

” Alhamdulillah…,” katanya sebaik disapa wartawan Harian Metro.

Difahamkan, jena zah Allahyarham Abdul Bari Asyraf akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Merbau selepas solat Zohor.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf lema$ apabila niat murninya membantu menyelamatkan lima individu yang hampir lema$ di sungai berkenaan gagal apabila dia hilang dari permukaan air.

Dalam usahanya membantu, dia sempat menyelamatkan seorang daripada lima individu terbabit iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Abdul Bari Asyraf yang dalam keadaan lemah sempat menghulurkan kanak-kanak terbabit kepada orang awam yang berada di jeti berhampiran pulau berkenaan sebelum tenggelam.

Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang hilang selepas membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin, ditemui lema$, pagi ini.

Ma yat mngsa ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mngsa dipercayai lema$.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, ma yat mngsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga mngsa.

“ Ma yat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mngsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf dikatakan mengalami kejang otot sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Terdahulu Mohd Mustapa meluahkan mahu anaknya ditemui tidak kira dalam apa jua keadaan

Kalau ditakdirkan dia ma ti, biarlah kematiannya ‘berkub0r’,” kata Mohd Mustafa, 66, bapa kepada Abdul Bari Asyraf, 31.

Justeru, Mohd dan keluarga serta sanak saudara mereka tidak putus mendoakan Abdul Bari Asyraf ditemui.

Mohd berkata, dia reda dengan kejadian menimpa anaknya biarpun tra gedi menyayat hati itu meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarganya.

“ Dalam keluarga saya hanya ada dua anak lelaki, manakala enam lagi anak perempuan. Sudah tentu kehilangannya sangat dirasai, apatah lagi pemergiannya berlaku secara mengejut.

“ Namun, saya berbangga kerana kejadian menimpanya berlaku kerana niat murninya mahu menyelamatkan nyawa orang lain dan saya tenang dengan apa yang berlaku.

“ Tak guna kita menangis meraung kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi,” katanya sayu ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mohd berkata, Abdul Bari Asyraf yang bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel di Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, di sini, seorang anak yang baik dan ramah di kalangan keluarga serta sangat disenangi rakannya.

“ Dia memang minat memancing, malah pada hari kejadian (semalam), dia baru balik daripada memancing di Kampung Seberang Takir.

“ Dia keluar semula selepas solat Asar apabila rakannya mengajak dia memancing di Pulau Warisan, ketika itu saya tiada di rumah kerana menziarah orang meninggal di Kampung Pasir Panjang,” katanya.

Pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jenagor, Hulu Terengganu itu berkata anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau petanda pelik sebelum kejadian.

Sementara itu, ibu mangsa, Masitah Awang, 60, berkata, Abdul Bari keluar rumah selepas waktu Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.

“ Dia memang minat memancing dan pagi semalam awal-awal lagi dia dah keluar memancing bersama rakannya. Selepas makan dan solat Asar, dia keluar semula selepas diajak rakan memancing di Pulau Warisan.

“ Tak sangka tragedi ini menimpa dan saya hanya mengetahui kejadian selepas menerima panggilan daripada polis jam 10 malam,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf, yang ketika itu sedang memancing, terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kekejangan otot menyebabkannya gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Dalam kejadian semalam, usaha menyelamat lima mngsa dalam kenderaan pacuan empat roda terbabit turut dilakukan lima lelaki lain yang berada di lokasi kejadian dan semua mereka selamat berenang ke tebing.

Mngsa di dalam kenderaan itu, Suryati Rusly, 37; Nordiana Alwani Jaafar, 33; Asmaa Rusly, 23; Syafawani Jaafar, 11; dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin berusia tiga tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : hmetro

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here