Home SEMASA Abang, Doakan Kami Juga ke Syurga”. Adik Perempuan Abdul Bari Luah Kata-kata...

Abang, Doakan Kami Juga ke Syurga”. Adik Perempuan Abdul Bari Luah Kata-kata Yang Buat Ramai Rasa Hiba

186
0
SHARE

Abang, Doakan Kami Juga ke Syurga”. Adik Perempuan Abdul Bari Luah Kata-kata Yang Buat Ramai Rasa Hiba
“ Abang… doakan kami juga ke syurga bersama abang.” Itu ungkapan syahdu dilafazkan Siti Nur Hairunnisa, 29, sebaik selesai menyiram air mawar di pusara abangnya, Allahyarham Abdul Bari Asyraf, 31.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, hari ini.

Kata Siti, pemergian abang yang diangkat masyarakat sebagai wira kerana sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan lima sekeluarga yang nyaris lema$ selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin membanggakan keluarga.

“Siapa yang tidak sedih kehilangan insan tersayang namun doa daripada masyarakat membuatkan kami gembira, terharu dan bangga.

“ Dia pergi dalam keadaan baik. Seluruh dunia sayang dia. Seluruh dunia mendoakannya.

“ Kami reda dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian abang di alam barzakh,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bagi Siti Nur Kamilah, 24, kenangan bersama arwah abangnya tetap segar dalam ingatan.

Katanya, arwah seorang abang yang sangat mengambil berat terhadap keluarga dan keprihatinannya itu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga.

“ Walaupun dia sudah berada di alam sana tetapi kami adik beradik merasakan dia seolah-olah masih bersama kami.

“ Banyak kenangan bersama arwah yang sukar saya lupakan sampai bila-bila. Saya belajar di UiTM Shah Alam dan setiap kali pulang ke kampung, arwah abang yang menjemput saya di stesen bas,” katanya.

Lebih 500 ahli keluarga, saudara mara, rakan dan orang awam mengiringi pengebumian Abdul Bari Asyraf yang selesai 2.30 petang tadi.

Turut berada memberi penghormatan terakhir, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu.

Terdahulu, jenazah Abdul Bari Asyraf dibawa ke Masjid Kampung Merbau Patah bagi sembahyang jenazah selepas jemaah menunaikan solat Zohor pada 1.45 tengah hari.

Sementara itu, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang lema$ ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu, kelmarin, mening gal dunia dalam syahid, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.

“ Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya.

“ Sesungguhnya, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa-mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya termasuk dalam kategori syahid, Insya-Allah.

“ Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Orang yang ma ti syahid ada lima kategori iaitu ma ti kerana wabak taun, ma ti kerana sakit berkaitan perut, ma ti lema$, ma ti dihempap runtuhan dan ma ti syahid ketika berperang di jalan Allah,” katanya dalam catatan di laman Facebook, petang ini.

Dr Zulkifli berkata, akhlak terpuji Allahyarham itu wajar dijadikan contoh dan ikutan anak muda di negara ini.

“ Allahyarham adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan supaya keluarganya dan penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

“ Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohinya,” katanya.

Ma yat Abdul Bari Asyraf ditemui anggota bomba dan penyelamat serta orang awam pada 7.23 pagi, hari ini dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, selepas Zohor.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : hmetro

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here