Home AGAMA 7 Kelebihan Mengapa Kita Perlu Mengerjakan Umrah

7 Kelebihan Mengapa Kita Perlu Mengerjakan Umrah

352
0
SHARE

7 Kelebihan Mengapa Kita Perlu Mengerjakan Umrah

Wahai Allah.. Aku bersyukur kepadaMu, Kerana Engkau telah menjemputku. Menjadi tetamu AgungMu. Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah.. Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berd0sa, Akulah yang paling hin4, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat.

Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku. Walaupun sebanyak buih dilautan. Walaupun sebanyak pasir dipantai. Walaupun sebesar Gunung Uhud. Walaupun memenuhi antara langit dan bumi.

Mengerjakan ibadah Umrah merupakan impian setiap orang dikalangan muslim dan mukmin yang mengimpikan pahala serta balasan yang agung dari Allah subhanallahu taala.

UMRAH (bahasa Arab: ????) adalah salah satu kegiatan ibadah dalam agama Islam. Hampir mirip dengan ibadah haji, ibadah ini dilaksanakan dengan cara melakukan beberapa ritual ibadah di kota suci Makkah, khususnya di Masjidil Haram.

Pengertian umrah pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) kerana mengerjakan tawaf, sa’ei dan bertahalul (bercukur/bergunting) dalam keadaan berihram setelah bermiqat iaitu menurut syarat-syarat dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.

Perbezaan umrah dengan haji adalah pada waktu dan tempat. Umrah dapat dilaksanakan setiap hari, setiap bulan, setiap tahun dan hanya di Makkah, sedangkan haji hanya dapat dilaksanakan pada beberapa waktu diantara 8 Dzulhijjah hingga 12 Dzulhijjah serta dilaksanakan sampai ke luar kota Makkah.

Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah :

1. MENJADI TETAMU ALLAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’”

7 Kelebihan Mengapa Kita Perlu Mengerjakan Umrah

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”

Alhamdulillah, Semoga kita yang pernah menjadi tetamu Allah memperolehi balasan pahala, rezeki, penghapusan dosa dan sebagainya. Perasaan dan keinginan untuk menunaikan umrah juga terasa di hati dan moga-moga Allah menjemput kita lagi untuk menjadi tetamunya. InsyaAllah.

Bagi para muslimin dan muslimat di luar sana yang belum pernah mengerjakan Umrah, kami doakan semoga anda dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan serta kemudahan oleh Allah untuk menjadi tetamunya yang agung. Amiin..

Dah Pergi Umrah Tapi Tak Berubah Pun? WAJIB BACA!
Selalu ada yang komen, dah pergi umrah tapi takde beza pun. Alangkah sedihnya jika hal ini terjadi pada diri sendiri!
Pertama kali pergi umrah, biasanya kita sampai di tanah suci seperti seseorang yang buntu dan sesat. Memang kita rajin ke masjid, meraih pahala dan kelebihan beribadah, tetapi selepas beberapa hari, mungkin kita sendiri mula berasa ‘bosan’ kerana aktiviti yang dilakukan sama sahaja setiap hari.

Apa yang jadi? Dah berbelanja ribuan ringgit untuk sampai ke sana, tetapi sayangnya jiwatidak disediakan sebelum berangkat.

Di sini, amat penting untuk saya tekankan bahawa apabila mendapat peluang mengerjakan umrah, perlu ada sesuatu target yang ingin dicapai di dalam diri sendiri. Sama seperti pada bulan Ramadhan, jika boleh, sebaiknya kita ingin perubahan yang kekal selepas pulang dari umrah.

Begitu ramai yang rajin bangun tahajjud setiap malam, membaca al-Quran pada setiap masa, solat berjemaah di masjid setiap waktu tetapi pulang dan kembali kepada diri asal mereka: subuh gajah, al-Quran sekadar hiasan, dan masjid di kawasan rumah sendiri pun tidak dijejaki.

Alangkah ruginya kita jika umrah kita tidak meninggalkan kesan ‘lifelong-lasting-effect’kepada kita.

Ini adalah antara beberapa cadangan yang saya sendiri berasa telah amat membantu saya berusaha untuk mengekalkan perubahan dalam rutin harian selepas pulang dari umrah:

1) Pilih beberapa surah pilihan yang ingin dibaca setiap hari. Ramai yang pergi umrah dan mula membaca dari surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Pada bulan Ramadhan begitu juga, akhirnya kita bermula dari Al-Fatihah dan Al-Baqarah tetapi tidak juga menghabiskan bacaan al-Quran dalam tempoh masa sepuluh hari semasa mengerjakan umrah.

Kita tahu bahawa amat sukar untuk kita khatam Al-Quran semasa mengerjakan umrah. Jadi satu cara lain adalah untuk memilih satu atau dua surah pilihan yang kita wajibkan atas diri kita untuk jadikan surah amalan dan baca setiap hari ketika di sana, seperti surah al-Mulk atau surah al-Waqiah. Apabila pulang ke tanah air, kita teruskan sahaja rutin baru yang dimulakan dari tanah suci ini.

2) Kadangkala, kita duduk di masjid dan mula berzikir. Astaghfirullah 100 kali.

Alhamdulillah 100 kali.

Allahu akbar 100 kali.

Laa ilaha illallah 1000 kali.

Jika ini diteruskan juga apabila kita pulang ke tanah air, ini bermaksud kita telah berjaya membuat satu perubahan dalam rutin harian kita.

Tetapi ramai juga yang berzikir hanya di tanah suci, dan tidak pula berzikir apabila pulang ke tanah air. Ataupun, mereka cuma berzikir perkara yang sama tanpa menghayati zikir tersebut. Pandangan saya, gunalah peluang di tanah suci untuk mempelajari zikir baru.

Contohnya dengan mengamalkan al-Mathurat yang menjadi pendinding diri kita dari amalan sihir. InsyaAllah, pasang niat dalam hati untuk mengamalkan zikir-zikir tersebut saat kita pulang ke tanah air juga.

3. Dari segi pemakaian, ketika di tanah suci kita sering memakai telekung ke mana sahaja kita ingin pergi. Berjalan di shopping complex dan ke pasar kurma pun kita selesa memakai telekung kerana senang untuk pulang ke masjid untuk solat berjemaah. Hal ini mungkin membuat kita terlepas pandang untuk juga menjaga aurat kita ketika kita kembali ke tanah air.

Jika di Mekah dan Madinah kita tidak segan memakai telekung pada setiap masa, tetapi di Malaysia kita segan melabuhkan tudung menutupi dada, apatah lagi memakai handsock atau stokin.

Ironi!

Sayang, sungguh sayang, kerana Allah Taala telah pun menunjukkan bahawa diri kita ada potensi untuk menutup aurat dengan baik ketika berada di tanah suci. Jadi mengapa kita tidak teruskan apabila pulang ke tanah air?

Saat menerima jemputan dari Allah Taala ke tanah suci, pasanglah niat dan target, apa yang kita hendak capai ketika berada di sana. Antara kebaikan utama mengerjakan umrah adalah kita dipisahkan dari rutin harian dan fikiran tidak serabut dengan tugasan di pejabat dan di rumah. Inilah masanya untuk mengubah sesuatu dalam diri kita dan menambahkan amalan harian kita ketika kita pulang ke tanah air, meskipun sedikit.

Sesungguhnya, Allah Taala menyukai perubahan yang kecil tetapi konsisten.

Janganlah terlampau mengejar bacaan al-Quran dan khatam dalam masa 10 hari, sedangkan kita jarang sekali membaca walau satu ayat pada baki 356 hari yang ada.

Janganlah terlampau mengejar jumlah zikir, sedangkan fikiran dan hati berada di tempat lain tanpa menghayati maksud zikir tersebut.

Janganlah menutup aurat ketika berada di tanah suci dan ketika solat sahaja dan membuka aurat di tempat lain, kerana menutupi aurat adalah kewajiban dan ‘uniform’ seseorang yang bergelar Muslim dan Muslimah.

Janganlah tunggu umrah atau Ramadhan sahaja untuk berubah: mari kita berubah hari ini, walaupun kecil, walaupun sedikit, kerana ianya amat besar di mata Allah SWT. InsyaAllah. Jom istiqamah sampai layak ke syurga!

Sumber : AdamHawa

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here