Home HIBURAN “Wow Beraninya Sistur” – #10yearschallenge Rita Rudaini dikecam netizen.

“Wow Beraninya Sistur” – #10yearschallenge Rita Rudaini dikecam netizen.

505
0
SHARE

Walaupun sudah agak terlambat menyambut cabaran #10yearschallenge, namun kata Rita Rudaini, atas permintaan peminat, bintang cantik ini akhirnya memuat naik cabaran tersebut di Instagram.

Melihatkan foto yang dikongsikan, peminat mula membayangkan Rita seperti sengaja menghangatkan pagi yang sedang hujan.

Memaparkan gambar lama bersama bekas suami, Aidil Zafuan dan anaknya Airit Rayyan Rizqin, manakala gambar tahun 2019 pula dirinya bersama dua anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

“Nah! Ni #10yearchallenge sisturr…nk buat lagu mana, dah tahun 2009 tu pic sisturr masih ada suami..

“Takdak plak pic sisturr single…nk tutup or crop xsampai hati sbb masih hidup….xpa lah,xsalah pon,kenangan 2009 xle di ubah n xbole di padam..kannn..jd kan sbgai satu perjalanan hidup yg penuh pengajaran dan kenangan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada masa sama, pelakon jelita ini menyatakan keadaannya masih sama seperti dahulu, tetap bertiga.

“Amacam #10yearchallenge sisturr? byk perubahan x? Sama je kan..dulu bertiga skrg pon bertiga jugak…ni baru btui PICTURE #10yearchallenge tau …sisturr xde nak letak pic tipu punyaaa looohh,” ulasnya.

Menyifatkan Rita sebagai kalis kecaman, netizen memuji tindakan aktres itu dan mendoakan agar dia dan anak-anak terus bahagia.

sumber: MH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here