Home HIBURAN Uqasha Senrose Sampai Menangis Terkenang Dosa Lalu

Uqasha Senrose Sampai Menangis Terkenang Dosa Lalu

258
0
SHARE

Bukan mudah menjadi Uqasha Senrose kerana dirinya sering dilanda kontroversi dan menjadi bahan kecaman orang ramai.

Bagaimanapun aktres jelita ini mahu membuktikan yang dirinya boleh menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Pergi menunaikan Umrah di Mekah baru-baru ini bersama keluarga telah menjadi momen paling indah buatnya.

“Saya bersyukur kerana perjalanan umrah berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan ahli keluarga lain, mereka lega kerana segala urusan kami di sana dipermudahkan.

“Apabila pulang ke Malaysia, saya berharap ketenangan yang dimiliki akan terus kekal. Dalam masa sama, saya selalu mendoakan agar terus istiqamah dalam beribadat walaupun tidak berada di Tanah Suci lagi.

“Begitu juga dengan pelbagai persoalan tentang perubahan diri yang pasti akan ditanya ramai orang termasuk soal berhijab. Soalan ini sudah diajukan sebelum berangkat lagi,??? katanya kepada Utusan Online.

Tambahnya lagi dia pernah hilang arah kerana kesilapan lalu dan runsing tanpa sebab.

“Saya bersyukur kerana perjalanan umrah berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan ahli keluarga lain, mereka lega kerana segala urusan kami di sana dipermudahkan.

“Apabila pulang ke Malaysia, saya berharap ketenangan yang dimiliki akan terus kekal. Dalam masa sama, saya selalu mendoakan agar terus istiqamah dalam beribadat walaupun tidak berada di Tanah Suci lagi.

“Begitu juga dengan pelbagai persoalan tentang perubahan diri yang pasti akan ditanya ramai orang termasuk soal berhijab. Soalan ini sudah diajukan sebelum berangkat lagi.”
Uqasha juga tidak mahu terpalit dengan cerita-cerita panas kerana sudah letih dengan apa yang berlaku.

“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.

“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat. Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya.

“Tidak dinafikan, sehingga ke hari ini masih ada dalam kalangan peminat yang meragui serta mempersoalkan diri tatkala mahu berubah menjadi baik. Saya tidak mahu berubah disebabkan mulut mereka, biarlah semuanya ikhlas kerana Allah.”-kredit CARI
Moga bila balik malaysia nanti semoga terus iqomah min doa kan. Manis2 semuanya bertudung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here