Home HIBURAN Syed Abdullah mengaku tertekan foto viral bersama Emma

Syed Abdullah mengaku tertekan foto viral bersama Emma

535
0
SHARE

“MAAF saya tidak dapat membalas (mesej) anda pada masa ini. Tertekan dan cuba untuk menguruskan masalah yang sedang dihadapi.”

Demikian mesej yang ditinggalkan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada wartawan Astro AWANI di laman sosial Instagram malam Isnin.

Lelaki berusia 30 tahun yang kini menjadi perhatian dalam radar hiburan itu ekoran namanya dikaitkan dalam kontroversi penyebaran foto beliau dan pelakon Emma Maembong belum bersedia untuk bersemuka dengan wartawan.

Beliau menjadi buruan media yang mahu mendapatkan temu bual bagi menjawab segala kontroversi yang tercetus sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, dalam entri di laman Instagram peribadinya, Syed Abdullah menjawab pertanyaan ramai.

Secara gentleman, Syed Abdullah turut memohon maaf secara terbuka terhadap inside yang berlaku.

Katanya, biarlah kesalahan itu menjadi teladan buat anak muda yang lain agar tidak mengulangi kecuaian sama seperti yang dilakukannya.

“Syed mintak maaf ya Rakan-Rakan. Biarlah kesalahan syed dijadikan teladan bagi anak muda, supaya mengelakkan perkara seperti berikut berlaku pada diri masing-masing”

“I am so Sorry. For the mess i have caused & to those who have been affected. Ini semua salah Syed & kecuaian Syed seorang,” kata Syed Abdullah dalam entri yang dimuat naik pada Isnin.

 

View this post on Instagram

 

“Apology is not about saying I’m sorry, but its about the meaning you put behind the apology and admitting that you are the wrong part” Today, has been a tough day for me & my family. The challenges i face today, is but a fraction of accusations i have continuously faced and probably will continue facing being in the position i am in. To those who truly know me, thank you for standing by my side, sending me constant messages and reminding me to be strong. To my fellow Malaysians, I thank you for your advice, I thank you for your moral support. I shall acknowledge your criticism positively and promise to improve myself as a person. I am not perfect, i am but a human and i tend to make mistakes. “Syed mintak maaf ya Rakan-Rakan. Biarlah kesalahan syed dijadikan teladan bagi anak muda, supaya mengelakkan perkara seperti berikut berlaku pada diri masing-masing” I am so Sorry. For the mess i have caused & to those who have been affected. Ini semua salah Syed & kecuaian Syed seorang. Jangan lah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed & rakan2 Syed. Let me face the wrath of my mistakes. Let me take the beating. Let me face the punishment. To those spreading rumors i say this: I am stronger & will learn from my mistakes, the bonding between my family my brothers,sister & true friends remain untouched and undamaged despite accusations. Yours truly, Syed Abdullah

A post shared by Syed Abdullah (@syedabdullah1989) on

Luahan rasa Syed Abdullah itu dibuat selepas netizen dan peminat Emma mengecam pasangan berkenaan di laman sosial.

Kepada Syed Abdullah lagi, memohon maaf bukan sekadar membuat ucapan meminta maaf semata-mata.

Menurutnya, apa yang paling utama ialah memahami maksud di sebalik permohonan maaf itu sekali gus menyedari bahawa seseorang itu pernah melakukan kesilapan.

Dalam ucapan yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu, Syed Abdullah juga mengakui, semalam merupakan hari yang paling sukar buat dia dan keluarga.

“The challenges i face today, is but a fraction of accusations i have continuously faced and probably will continue facing being in the position i am in.

“To those who truly know me, thank you for standing by my side, sending me constant messages and reminding me to be strong,” tulis Syed Abdullah lagi.

Dalam masa sama, kepada seluruh rakyat Malaysia yang meninggalkan pesanan, kata-kata positif dan sokongan moral buatnya amat dihargai Syed Abdullah.

Selain kata-kata peransang, segala kritikan juga diambilnya secara positif selain berjanji akan memperbaiki dirinya kerana menyedari dia seorang manusia yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

Syed Abdullah juga memohon kepada seluruh masyarakat agar tidak mengaitkan kesilapan yang dilakukannya dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

“Janganlah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed & rakan2 Syed. Let me face the wrath of my mistakes. Let me take the beating. Let me face the punishment,” tegas Syed Abdullah lagi.

Personaliti yang memiliki jumlah pengikut seramai 64,300 orang di laman Instagram itu juga memberitahu, kontroversi itu membuatkan dia semakin kuat selain menjadi pengajaran buat dirinya.

Syed Abdullah dan Emma atau nama sebenarya, Fatimah Rohani Ismail dilihat cukup mesra.

Emma juga pernah memuatkan foto bersama Syed Abdullah ketika mereka melancong ke Duba serta memuat naik ucapan selamat hari lahir buat lelaki tampan itu pada 19 Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here