Home HIBURAN Siti tak berminat dengan dunia politik

Siti tak berminat dengan dunia politik

165
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berhasrat menceburi dunia politik walaupun minatnya tertumpu kepada bidang kemasyarakatan.

Tegas Siti, politik bukan dunianya sebaliknya lebih selesa menyanyi dan menghiburkan peminat.

“Memang benar… Saya banyak terbabit dalam bidang kemasyarakatan lebih-lebih lagi selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni dan Warisan (ASWARA) dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar.

“Rasanya, hati saya lebih senang dan tenang jika perhatian hanya tertumpu kepada kerjaya nyanyian,” katanya ditemui di Showcase Datuk Seri Siti Nurhaliza di sini, hari ini.

Mengulas sambutan hari jadi ke-40 yang bakal diraikan pada 11 Januari ini, tiada ada apa yang diharapkan penyanyi Anta Permana ini selain kesihatan yang baik selain mahu terus berbakti kepada masyarakat.

“Alhamdulillah saya terus diberi kesihatan yang baik serta dapat menghiburkan peminat.

“Hadiah paling bernilai sudah tentu dengan kehadiran anak saya, Siti Aafiyah,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here