Home HIBURAN Siti berat hati tinggalkan Aafiyah

Siti berat hati tinggalkan Aafiyah

395
0
SHARE

DATUK Seri Siti Nurhaliza mengakui berat hati untuk meninggalkan anaknya, Siti Aafiyah apabila perlu berangkat ke Jakarta pada hujung bulan ini.

Penyanyi popular itu berkata, dia tidak pernah berpisah jauh daripada anaknya yang kini berusia 10 bulan.

“Saya akan ke Jakarta pada 29 Januari ini untuk mempromosikan konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour di samping mempromosikan lagu Anta Permana.

“Jadi, kalau nak bawa Aafiyah sekali saya takut tidak ada masa untuk bersamanya memandangkan jadual promosi memang padat dari siang hinggalah ke malam,” katanya kepada Harian Metro.

Satu lagi perkara yang membuatkannya gusar adalah kerana puterinya itu masih lagi menyusu badan.

“Kalau saya bawa dia bersama ke setiap promosi, risau juga kalau dia akan penat. Jadi, lebih baik saya pergi sendiri.

“Walaupun hanya sehari, ini adalah kali pertama saya pergi jauh daripada dia kerana kami tak pernah berenggang,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan tumbesaran anaknya, Siti memberitahu bahawa anaknya kini sudah mula faham apa yang diajar.

“Kalau dari segi aktiviti fizikal, dia dah mula pandai memanjat dan nampak seperti nak berdiri. Kalau dipanggil nama pun, dia dah mula faham.

“Kalau dia dengar muzik pun, dah pandai menari ikut rentak muzik. Alhamdulillah, Aafiyah tak banyak merengek dan selera makan pun tak cerewet,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan konsert, Siti sudah mula menjalani latihan sejak minggu lalu.

“Kami dah mulakan latihan dengan pemuzik sejak minggu lalu. Kemudian, minggu ini saya rehat sekejap dan dalam minggu kedua Februari, akan kembali menjalani latihan sehinggalah menjelang hari konsert,” katanya.

Siti ditemui di majlis penyerahan cek bernilai RM50,730 kepada Pengerusi Kutipan Dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan IJN, Datin Julini Mohd Ali.

Dana yang dikumpul menerusi kempen Simplysiti di Hati 2018 yang dilancarkan penghujung November lalu lalu disalurkan ke tabung Yayasan IJN untuk membiayai kons pembedahan jantung tiga kanak-kanak iaitu Lam Zhe Yi, Mahhaani Thayalan dan Muhammad Firas Adib Mohamad Zaki yang akan menjalani pembedahan di IJN tidak lama lagi.

“Kita menyasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM30,000. Tapi, apabila mendapat jumlah yang lebih banyak daripada itu, pihak kami menyumbangkan kesemuanya kepada mereka,” katanya.

sumber: Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here