Home HIBURAN Shiro menang Maharaja Lawak Mega 2018, ramai yang tidak puas hati. Ini...

Shiro menang Maharaja Lawak Mega 2018, ramai yang tidak puas hati. Ini komen Dougles selaku ketua juri.

570
0
SHARE

“Kemenangan Shiro Sebagai Juara MLM 2018 Dipertikaikan” – Ini Komen Balas Douglas Lim
Kumpulan Shiro diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) sekaligus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000.

Ketua Juri, Douglas Lim berkata, kemenangan Shiro tidak perlu dipertikai apabila melihat jumlah markah mereka jauh mendahului peserta lain.

“Mereka menunjukkan konsisten dari minggu pertama sehingga minggu ke-12. Pada semi final sebelum ini mereka agak kurang pada persembahan pertama dan mereka mengakuinya kerana mungkin tak cukup latihan,” katanya pada sidang media MLM 2018 di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Ujarnya, dari aspek kematangan komedi iaitu kualiti jenaka dengan kepelbagaian lawak selain penggunaan seperti props, baju dan ‘sound effect’ menjadi suatu benda yang dibanggakan pada persembahan kelima peserta di final MLM 2018.

Naib Juara MLM 2018 pula diberikan pada kumpulan Bocey dengan hadiah wang tunai sebanyak RM250,000.

Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Zero dengan wang kemenangan sebanyak RM150,000.

Kumpulan Puteh meraih RM50,000 di tempat keempat manakala tempat kelima bersama RM15,000 dimenangi Taman.

Hadiah kesemua pemenang disampaikan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh bersama pelakon popular, Wan Maimunah.

Dari segi keputusan markah Shiro meraih 74 peratus diikuti Bocey (67.29 peratus), Zero (66.93 peratus), Puteh (62.58 peratus) dan Taman (62.13 peratus).

Peserta diadili juri tetap, Douglas Lim, Remy Ishak,Tia Ariffin dan Scha Al-Yahya dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi Tik Tok.

Untuk rekod, Bocey telah dua kali dinobatkan selaku juara Maharaja Lawak Mega iaitu pada tahun 2016 dan 2017, manakala Zero pula merupakan juara pada edisi 2014.

Kumpulan Shiro yang cukup sinonim dengan persembahan lawak yang diselit pengajaran ialah naib juara MLM 2017.

Puteh pula pernah menduduki tempat ketiga pada MLM 2016 dan tempat kelima pada MLM 2017.

Kumpulan baharu pada musim ini iaitu Taman yang menyaksikan gandingan dua pelawak berpengalaman, Tauke dan Man, merupakan antara peserta yang berjaya mempamerkan persembahan cemerlang setiap minggu.

Ternyata, barisan finalis pada musim ini bukan calang-calang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here