Home SEMASA “Sesia Bayar Insuran Punyalah Lama Tapi Time Sakit Tak Boleh Guna.” –...

“Sesia Bayar Insuran Punyalah Lama Tapi Time Sakit Tak Boleh Guna.” – Pengalaman Wanita Ini Wajar Dijadikan Panduan

345
0
SHARE

Aku terpanggil utk share benda yg aku rs rakyat Malaysia patut tau especially AIA clients. Dah lama aku sabar. Hari ni burst juga. Aku harap kisah aku ni boleh jadikan pengajaran agar korang pilihlah Syarikat Insurans yg betul2 boleh bantu korang bila susah dan bukannya menjahanamkan masa depan orang!

Setelah 4 hari suami mengadu sakit dada, akhirnya aku decide utk bawak suami jumpa pakar di Mahkota Medical Centre (MMC). Doc Ang Eng Lip, Consultant Cardiologist & Physician telah buat Xray kat suami aku.

Result Xray tak nampak then Doc minta suami aku lari atas treadmill dan check ECG dia. Memandangkan suami aku tak leh habiskan lari sbb sakit dada sgt, Doc advice utk buat Angiogram utk tau apa masalah sebenar.

Pada 7/12/2018, aku dan suami dtg MMC utk buat Angiogram. Anggaran prosedur ni lebih kurang RM5k. Suami ada bagitau Doc yg balance insurans company dia (Petronas) utk tahun ni tinggal RM10k. So Doc kata cukup. Aku dan suami proceed. Petronas pakai AIA Corporate Ins.

Semasa suami dalam Operation Theatre (OT), Doc minta nurse panggil aku masuk dalam OT. Terkejut la aku apahal pula ni. Doc tunjukkan saluran utama jantung suami aku 99% block (as pictures shown). Doc kata kalau tak buat sesuatu, chances utk dapat heart attack tinggi dan anytime boleh collapse.

Sbg seorang isteri, isteri mana yg tak gelabah kalau suami korang dalam keadaan mcmtu. Doc kata dia perlu teruskan utk kebaikan suami aku.

Doc taknak tanggungjawab sekiranya berlaku apa2 yg tak elok atas suami aku. Aku terus setuju demi nyawa suami aku. Anak aku 4 orang kecik2 lagi weii

Aku call agen AIA personal aku. Agen aku bagitau xde masalah dan aku boleh guna. Aku ada insured kan insurans utk 1 family aku. Aku minta pihak hospital cancel kan Insurans Company dan guna Insurans Personal suami.

Aku guna khidmat AIA sbb aku fikir AIA ni bagus dan pengalaman aku guna Insurans Company pun mudah dan takde masalah sbb Petronas guna AIA sbg corporate insurans diorg.

Masalah dia skang ni adalah, tetiba AIA tak nak cover. What?? Alasan AIA tak nak cover sbb diorg kata kes siasatan sakit tulang belakang suami masa di Oriental Medical Centre tak setel lagi. Ni lagi satu aku hangin! Meh aku story supaya korang faham dan hangin sama2 macam aku.

Aku sign up AIA personal pada October 2016. Suami aku admitted hospital pada 2017 sbb Doc diagnosed suami aku ada Compressed Disc (kalau lambat leh dapat Slip Disc).

Memandangkan balance Insurans Company tak cukup utk tampung cost operation, aku minta AIA personal cover balance cost. AIA personal minta aku bayar dulu then claim kemudian. Masa ni aku dah tak syok. Ok, aku bayar dulu lebih kurang RM3k.

Bila aku nak claim, AIA personal cakap diorg tak boleh bayar kat aku sbb diorg suspect suami aku dh lama sakit tulang belakang. Ada ke patut?

Ni memang aku hangin! Kalau slama ni suami aku sakit belakang then pegi clinic Doc cakap muscle pain then Doc bagi ubat + koyok bagai, bila pergi Pakar baru dapat tau suami ada compressed disc, ko nak kata aku penipu dan tak declare?

Aku sign up AIA personal insurans utk family aku SEBELUM Doc diagnosed suami aku sakit tulang belakang OK! Bila nak guna, korang tak nak cover pula. Macam2 alasan korang bagi. Aku bayar tiap2 bulan without fail tau tak? Korang ingat sikit ke aku bayar?

Sekali lagi suami aku admitted tapi kali ni sakit yg berlainan iaitu sakit jantung then AIA personal reject permohonan hospital dan tak nak bayar cost operation suami aku.

Aku sampai ke malam tak mandi ke sna ke sini call HQ AIA utk minta penjelasan kenapa diorg tak nak cover cost operation suami aku. AIA personal bagi alasan tak boleh cover sbb due to investigation kes lama iaitu compressed disc suami aku.

Sakit belakang suami aku tu la. Gila apa! Dh setahun lepas kot. Korang tak habis2 lagi investigate. Korang tak habis investigate atau IO korang yg tak buka langsung kes suami aku ni?

Yang aku hangin kan, suami aku admitted kali ni kes jantung bukan kes tulang belakang. 2 sakit yg berbeza. Dahtu apa yg takleh cover? Policy suami dah lebih tempoh matang pun.

Cukup baik la aku ignore kejadian lepas yg korang taknak bayar claim RM3k aku. Cukup la korang pernah buat aku dulu sekali, tak kan kali ni korang nk buat lagi benda sma ?

Suami aku sakit jantung yg totally sakit yg berlainan dan apa kene mengena investigate kes lama dgn penyakit baru? Itu bukan aku yg masalah, tp administrative korang yg brmasalah.

Dah la korang tak nak cover, staff korang boleh pula bagi idea bangang suruh aku call HR Petronas utk tinggikan limit insurans company suami aku utk bayar cost operation.

Korang tak nak bayar, korang nak kasi beban kat company suami aku. Nasib baik Petronas tu jaga kebajikan pekerja diorg. Company suami aku sanggup take over kes ni dan bayarkan semua skali cost operation suami aku.

Tapi lepas suami aku dah naik keje, company akan bincang macamana nak setelkan duit yg diorg dah bayarkan. Petronas ada bagi option, mungkin suami aku kene potong gaji. Ye la, disbbkan AIA personal buat sampah, company nak kene tanggung.

Diorg terpaksa la potong gaji suami yg tak seberapa tu. Nak salahkan company pn tak boleh. Cukup baik diorg dah bayarkan.

Tapi, hari ni, aku nak tuntut hak suami aku. Patut bukan gaji suami aku yg kene potong. Tapi AIA personal patut bayar balik ganti rugi kepada Petronas yg dah keluar utk bayar cost operation suami aku !

Dulu masa sign up konon nak tolong clients. Bila nak claim, macam2 alasan ko bagi. Bukan sikit tapi RM 30k !!!!

Isu Selesai! Ini Cerita Sebenar Kenapa AIA Insurans Tak Tanggung Kos Wad Pesakit
Lepas isu ‘keralatan’ AIA Insurans dalam melunaskan tanggungan suami wanita ini menjadi viral, pihak pengurusannya terpanggil, segera mengambil tindakan dan masalah ini telah pun selesai.

Menurut wanita ini, berlaku Misscommunication dan masalah teknikal telah terjadi pada pihak AIA sendiri. Ikuti penjelasannya disini.

Pihak pengurusan AIA dah minta maaf

“Sesia Bayar Insuran Punyalah Lama Tapi Time Sakit Tak Boleh Guna.” – Pengalaman Wanita Ini Wajar Dijadikan Panduan

Dalam masa 2 hari ia menjadi tular, ramai pihak yang tampil memberikan respon kepadanya, ada yang positf dan ada juga yang negatif.

Menurut wanita ini lagi, ada beberapa ejen datang memberikan bantuan. Setelah berhempas pulas menyelesaikan isu ini, atas ‘kuasa’ viral. Segala masalah yang melanda pada dirinya selesai dalam sekelip mata.

Pihak AIA telah menghubunginya untuk kerumah dan meminta penjelasan daripada mulutnya sendiri. Bahkan mereka juga memohon maaf diatas kesulitan yang terjadi menjelaskan perkara sebenar.

Kesulitan berlaku disebabkan…Ini cerita sebenarnya!

“Sesia Bayar Insuran Punyalah Lama Tapi Time Sakit Tak Boleh Guna.” – Pengalaman Wanita Ini Wajar Dijadikan Panduan

Berkaitan isu back pain, AIA track the history medication records yang diambil kat clinic adalah merujuk pada lenguh tengkuk (R) masa suami aku accident dulu sebelum kawen. Dan BUKANNYA kes Compressed Disc (L) yang admitted di Oriental Medical Centre.

Berkaitan isu jantung, AIA track the history tiada medication diambil dan tiada treatment dibuat sebelum admitted baru – baru ini di Mahkota Medical Centre. Kolestrol pun takde. Medical checkup Petronas every year CLEAN.

Berkaitan isu policy laps. Ada 6 months laps dan reinstate selepas itu. Yang pasti ini bukan silap aku. I have all the payment transaction records due to this matter. Pihak AIA sedia maklum akan hal ni dan takpelah, aku leave it to AIA untuk ambil tindakan sewajarnya ke atas orang yang sepatutnya.

Isu dah selesai!

“Sesia Bayar Insuran Punyalah Lama Tapi Time Sakit Tak Boleh Guna.” – Pengalaman Wanita Ini Wajar Dijadikan Panduan

Apa pun pihak AIA telahpun membuat siasatan dan mereka bersetuju untuk bayarkan semua kos pembedahan suaminya.

Tapi ia bukan disebabkan isu ini menjadi viral, tapi suaminya berhak mendapat perlindungan ini. Ye lah dah bayar bulan-bulan kot!

“Untuk pihak AIA, thumbs up sbb SEGERA mengambil tindakan yang wajar berkaitan kes suami aku dan jutaan terima kasih kerana AIA telah memberikan hak suami yang aku tuntut selama ni.”

Secara langsungnya, suaminya tak perlu dikenakan potongan gaji untuk melunaskan hutang. Alhamdulillah

Sumber dari Lobak Merah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here