Home HIBURAN “Sepondan Saya Pun, Saya Yang Harumkan Nama Negara”

“Sepondan Saya Pun, Saya Yang Harumkan Nama Negara”

204
0
SHARE

Sering dilabel sebagai ‘pondan’, chef selebriti terkenal, Chef Wan berkata beliau sudah lali dan masak dengan perkataan itu kerana sejak kecil lagi beliau digelar dengan nama sedemikian.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memberitahu orang ramai masih menggelarnya pondan walaupun beliau sudah berkahwin, mempunyai anak dan kini sudah bercucu. Biarpun ramai yang menghinanya, namun beliau berbangga kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

“Sibuk di luar sana orang asyik nak mengaibkan saya yang mengatakan saya ni Pondan dan Bapok Tua! Dari zaman kanak-kanak lagi saya dah lali dan masak dengan label ini. Sampai dah kawin, beranak pinak sehingga bercucu pun saya masih di Pondan kan! So i have hired an instructor nak keras kan mana yang lembek hari ini!

“Sepondan saya ni pun saya juga yang mengharum kan nama negara sekian lamanya. Berkorban untuk seisi keluarga dan masyarakat selama ini yang mana some of them yang menghina dan mengutuk saya pun tak mungkin melakukan apa yg saya sudah usaha kan selama hidup saya ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau berkata netizen yang mengutuknya tidak sepatutnya mengaibkannya sebegitu. Ujarnya lagi, netizen yang menghinanya perlu cermin diri mereka terlebih dahulu.

“These people should be ashamed of themselves and pergi la suluh cermin masing2 pun yang ada hidup mereka cuma kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang! Rezeki mereka Allah sempit kan kerja hati mereka yang hitam suka mengaib dan melakukan penganiayaan dan kezaliman keatas manusia yang lain!

Terdahulu, Che Wan dikatakan mengeluarkan kenyataan mahu menampar DS Najib. Bagaimanapun, Chef Wan telah pun membuat permohonan maaf terhadap bekas Perdana Menteri itu dan mengakui kenyataan itu dibuat dalam keadaan marah.

SUMBER ASTRO GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here