Home POLITIK Semalam TMJ Minta Maaf Jika Buat Salah, Tapi Netizen Pelik Bila Tun...

Semalam TMJ Minta Maaf Jika Buat Salah, Tapi Netizen Pelik Bila Tun M Beri Reaksi Macam Ni Pula

447
0
SHARE

Kerajaan Persekutuan berhak memberi reaksi kepada teguran yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu mengenai pentadbiran negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada komen oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mempolitikkan setiap isu, sebaliknya mula mentadbir negara.

” Dia (TMJ) tidak memahami Persekutuan. Barangkali dia belum dilahirkan pada masa itu, jadi dia tidak tahu lah, tetapi saya sudah dilahirkan masa itu.

” Apabila kita membentuk Persekutuan, itu bermakna Persekutuan menguasai seluruh negara.

” Kami mempunyai senarai apa yang dikuasai oleh Persekutuan dan negeri-negeri.

” Tetapi, ia tidak dinyatakan di mana-mana bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh mengeluarkan kenyataan balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh negeri-negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang tafsiran beliau terhadap tanggapan Tunku Ismail ke atas pentadbiran PH, Dr Mahathir hanya berkata: “Dia tiada jawatan apa-apa (dalam kerajaan).”

TMJ pada Khamis, mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan PH agar tidak mempolitikkan setiap isu dan mula mentadbir negara.

“Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul,” kata baginda.

“Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya.

“Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul.

“Saya lakukan perkara yang sama dengan kerajaan lama. Dan saya sedang lakukan perkara yang sama pada masa ini. Tiada beza. Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat.

“Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya. Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya,” kata baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada Khamis.

Tunku Ismail berkata, baginda tidak kisah jika dianggap sebagai ‘musuh anda No.1’ kerana baginda sentiasa konsisten dan tegas terhadap prinsip.

“Tolong… Tolonglah mulai mentadbir. Tolong berhenti berperang antara satu sama lain, tolong berhenti mempolitikkan setiap isu.

“Kadang-kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan. Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf,” kata baginda.

Tambah Tunku Ismail, semua orang harus mengimbas kembali 2018 dan meminta maaf atas kesilapan lalu, selain menambah 2019 adalah tahun untuk memperbetulkannya.

“Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here