Home HIBURAN “Saya Dan Fattah Dah Sedia Timang Cahaya Mata” – Nur Fazura

“Saya Dan Fattah Dah Sedia Timang Cahaya Mata” – Nur Fazura

335
0
SHARE

Pelakon Nur Fazura Shariffudin, 36, menafikan dakwaan yang dia kini sedang berbadan dua.

Ini susulan video yang dimuat naik suaminya, Fattah Amin seakan-akan menampakkan Fazura sedang hamil ketika mereka bercuti di kepulauan Maldives, baru-baru ini.

“Sebenarnya saya sangat menghargai komen-komen daripada netizen semua.

Saya dan Fattah bersyukur ramai menyayangi dan mendoakan kami.

“Sebelum Fattah post video itu saya dah perasan dah (perut kelihatan macam baby bump), tapi saya kata tak mengapa post sahajalah.

“Kalau nak tahu sepanjang kami dalam penerbangan ke Maldives, memang tak sempat jamah apa-apa makanan pun.

“Bila dah sampai sahaja ke destinasi percutian terus kami pesan macam-macam makanan. Bila dah makan dalam kuantiti yang banyak secara tidak langsung, perut kita akan nampak macam itu kan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fazura ditemui pada majlis pelancaran OST filem Peeta yang berlangsung di ibu kota, semalam.

Menurut pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami kini sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab bergelar ibu dan bapa

“Setiap suami isteri pastinya menantikan kehadiran cahaya mata. Sejujurnya ketika di awal usia perkahwinan, kami ada buat perancangan keluarga disebabkan jadual kerja yang sangat ketat.

“Kini selepas lebih setahun berkahwin dan kami pun dah cukup enjoy meluangkan masa berdua bersama, InsyaAllah dengan izin Allah kami dah bersedia untuk menimang cahaya mata jika dikurniakan rezeki dalam masa terdekat ini.

“Bila sampai masanya, saya akan uar-uarkan pada semua. Itu janji saya,” katanya lagi.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas tujuh bulan bercinta.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan istimewa selepas digandingkan sebagai hero dan heroin drama Hero Seorang Cinderella.

Fattah Muat Naik Video Fazura Tapi Netizen Perasan Perkara Lain
Kalau sebelum ini, pasangan suami isteri yang juga artis terkenal tanah air pernah dikatakan bakal menimang cahaya mata namun tiada jawapan yang jelas diberikan oleh Fazura. Kali ini, video yang dimuatnaik Fattah Amin di laman Instagram telah menambah keyakinan netizen bahawa isterinya itu sedang berbadan dua.

Ada yang mengatakan telah perasan akan baby bump tersebut ketika Fazura berada di satu pertunjukan fesyen.

Baru-baru ini, Fazura baru sahaja selesai menjalani fesyen show The Infinence Busana Raya yang memperkenalkan koleksi baru beg tangan dan juga kasut.

Fazura telah memuatnaik gambarnya semasa fesyen show tersebut berlangsung.

Yang menarik perhatian netizen adalah gambar Fazura yang kelihatan sudah ada bentuk seperti baby bump atau perut orang mengandung.

Rata-rata netzen memberikan komen terhadap gambar yang dimuatnaik oleh Fazura dalam instagram miliknya.

Ada netzen mengatakan nampak ada baby bump. Ada juga yang kata Fazura perlu pergi buat check up kerana mungkin dia telah mengandung.

Muka Fazura juga dikatakan semakin cantik dan ada naik seri. Mungkin seri pengantinnya belum hilang lagi barangkali. Hehehe

Ini video terbaru yang telah dimuatnaik Fattah Amin di laman Instagramnya :

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut mendoakan agar pasangan ini sentiasa bahagia di samping yang tersayang.

Apapun, kami doakan semoga Fattah Amin dan Fazura sentiasa sukses dalam apa yang diceburi. Tak sabar nak tengok baby mereka!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @mymediaohsem

Terima Kasih!

Foto : Instagram Fattah Amin & Fazura
Sumber: Kopiplanet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here