Home JENAYAH Padah menimpa lelaki raba isteri orang

Padah menimpa lelaki raba isteri orang

173
0
SHARE

TAMPIN: Padah meraba isteri orang, seorang penganggur ditahan polis di rumahnya di FELDA Pasir Besar, Gemas, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa, berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan jam 2.30 petang selepas dilaporkan mencabul kakitangan wanita sebuah klinik swasta di Pasir Besar dalam kejadian jam 6 petang pada 4 Disember lalu.

Katanya, ketika kejadian mangsa berusia 25 tahun menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Mangsa diekori suspek yang turut bermotosikal. Suspek kemudian meraba paha kanan mangsa sebelum berpatah balik melarikan diri.

“Mangsa yang mengenali suspek berikutan pernah mendapatkan rawatan di klinik tempatnya bekerja membuat laporan di Balai Polis Gemas pada keesokannya,” katanya.

Bertindak atas laporan, Ramli berkata, polis mengesan suspek dan berjaya menahannya di rumah hari ini.

“Soal siasat, suspek memberitahu dia melakukan perbuatan itu kerana sudah terlalu lama meminati mangsa,” katanya.

Menurut Ramli, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin, esok untuk perintah tahanan reman membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here