Home SEMASA “Nak muntahhh!” – Netizen Dedah Jari Tukang Uli Capati Kedai Mamak Berkudis,...

“Nak muntahhh!” – Netizen Dedah Jari Tukang Uli Capati Kedai Mamak Berkudis, Pelanggan Terdedah Penyakit!

181
0
SHARE

Dalam memilih tempat makan di luar, perkara paling penting yang diutamakan pelanggan ialah kebersihan satu-satu restoran tersebut. Restoran yang bersih akan menyediakan makanan yang sihat dan terpelihara daripada penyakit.

Sebab tu lah kalau boleh korang jenguk-jenguk sikit dapur restoran atau mamak favourite korang tu supaya tak jadi macam perkongsian kat bawah ni.

“Siapa suka lepak mamak? Tukang uli capati ni ada luka berkudis…”

Menerusi posting Aidil Nezam di Facebook, dia yang merupakan seorang jurugambar telah mengikuti satu operasi (tak didedahkan ops apa) bersama wartawan lain kat sebuah kedai mamak.

Jenguk saja ke dapur kedai mamak tu, Aidil ni terkejut apabila mendapati jari tukang uli capati yang diimport dari India ni rupanya ada luka berkudis. Allahuuu terbantut selera admin nak breakfast capati!

“Siapa suka lepak mamak? Ni ha untuk tatapan korang semua… tukang uli capati ni datang dari India (warga asing). Tengok jari dia ada luka berkudis..

“Kalau dia ada penyakit tibi ke HIV ke atau wabak penyakit yang berjangkit ke kita mana tahu pakai makan je.. Kerja dah la tak pakai glove dan apron..????? ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi…”

“Itulah sebabnya aku tak suka makan mamak. Roti canai or whatever. Geli nak mati weh!”

Perkongsian ni mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memang kembang tekak dan geli geleman. Ada jugak yang beritahu inilah sebabnya mereka tidak lagi berkunjung ke mamak. Makanan di sana tak terjamin kualiti kebersihannya.

Beringatlah ye korang semua! Sebelum nak makan kat satu-satu restoran tu tak kiralah mamak atau lain-lain, periksa dulu keadaan sekeliling dan kalau boleh jenguklah keadaan dapurnya bersih ataupun tidak. Bab makan ni jangan main-main. Kalau dah sakit takde gunanya.

Sumber:lobakmerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here