Home HIBURAN My first tatoo. Ya Allah rasa hidup bila bertatu ni rupanya- Isma...

My first tatoo. Ya Allah rasa hidup bila bertatu ni rupanya- Isma Yusoof

719
0
SHARE

Dahulu Azma Aizal atau lebih dikenali sebagai Isma Yusoof antara nama yang tidak asing dalam dunia hiburan tanah air dan sering muncul di kaca TV dalam drama.

Kali terakhir kita mendengar cerita tentang pelakon dan juga pengarah ini apabila dia terpalit dengan kontroversi panas insiden memukul pelakon Ika Nabella. Dalam pada itu Isma mendedahkan dia sebenarnya menghidap penyakit Bipolar Disorder.

Terbaru, Isma ada memuat naik foto lukisan seperti tatu di bahagian kaki di akaun Instagramnya. Foto tersebut menjadi perhatian ramai dan kepsyen yang disertakan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

 

View this post on Instagram

 

My first tatoo. Ya Allah rasa hidop bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap.

A post shared by ?? ? ? (@ishmaryarai) on

“My first tatoo. Ya Allah rasa hidup bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap,” tulisnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada ianya adalah tatu sebenar atau hanya lukisan semata-mata, namun di ruangan komen rata-rata netizen dilihat mengecam pelakon tersebut.

Seorang netizen turut bertanyakan soalan tentang tatu tersebut dan Isma dilihat membalas komen netizen itu dengan mengatakan bahawa apa yang terjadi adalah kehendak Tuhan.

Biarpun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mendoakan agar pelakon dan pengarah diberikan hidayah dan mengatakan mereka sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan memberikan teguran serta nasihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here