Home SEMASA “Muka Cantik, Tapi Suara Macam Abang Askar. Kan Unik Tu?,” – Jawab...

“Muka Cantik, Tapi Suara Macam Abang Askar. Kan Unik Tu?,” – Jawab Sajat Bila Ada Takut Dengar Suaranya

201
0
SHARE

Pengasas kosmetik sensasi, Sajat yang ketika ini mengikuti kursus pengajian pendek dandanan rambut di Labenon ada memuat naik tiga potong video.

Bagaimanapun, salah satu video yang dimuat naik menarik perhatian ramai untuk terus ‘membawang’ perihal dirinya apabila penyanyi Bobo Di Mana itu menjawab kenyataan salah seorang pengguna media sos1al yang ‘takut’ mendengar suaranya.

Lalu, kenyataan tersebut dibalas Sajat dengan membayangkan suara tidak penting. Yang penting rupa dan duit berkepok-kepok (banyak).

“Sis i nak kata dengan you, suara tak penting. Yang penting rupa, poket berkepok-kepok. Kalau suara sedap tapi poket nan hado buat apa. Tak penting. Suara nilah yang buat keuntungan. Sebab apa, sebab muka cantik tapi suara macam abang-abang askar. Kan unik tu?

“Orang dah bosan muka cantik suara sedap. Orang nak dengar yang sesuatu, menakjubkan. So bila suara i macam ni dengan muka ala-ala Miss Universe, saya boleh jadi juru cakap,” antara yang diucapkannya di dalam video tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, rata-rata netizen memberikan komen pelbagai. Baru-baru ini, Sajat turut meninggalkan tanda tanya apabila dengan berani memuat naik gambar bungkusan tuala wanita.

“Benda Paling Penting”

Pengasas kosmetik sensasi, sajat sekali lagi menjadi bualan n3tizen apabila dia telah memuat naik sekeping foto di instagram. Foto tersebut mengundang banyak komen di ruang akaun instanya. Foto yang dimuat naik memaparkan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu ada membeli beberapa barangan keperluan termasuklah tuala wanita

Kapsyennya berbunyi “Benda paling penting dan akan di bawa ke mana mana…walaupun mahal kat sini.. Tetap kena ready…”

Hari ini perkongsian dari Sajat itu telah pun mendapat lebih 40 000 tanda suka. Kapsyen tersebut juga banyak dihujani dengan pelbagai komen dari n3tizen.

Ramai juga kaum wanita yang kurang setuju apabila Sajat memuat naik foto tersebut atas sebab perasaan malu, malah ada juga yang memberi komen lawak.Antara komen yang diberi.

“Abg jat tak nak masuk maharajalawak ka”, “Kitaa orang yang pompuan nie pun malu nak post bendaa tu hahah mesti nak dapat kecamm kot sbb tu laa post bendaa tu x rsaa malu kaaa”

“aduh bang jat , biasanya perempuan tkkn tunjuk benda tu sbb malu tau dlu zaman skolah , kalau kawan mintak pun , huh punyalah struggle nk sorok benda tu supaya org tk nmpk lgi2 lelaki tapi ni , aduhhhhhh HAHAHA bang jat ni membazir je beli benda tu.. buat ape beli kalau mmg tkboleh period?HAHHAHA FUHHH”

Usahawan itu kini sedang berada di Labenon bagi mengikuti kursus jangka pendek dandanan rambut. Foto instagram Sajat

Sebelum ini kecoh apabila Ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzaman gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.

“Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,” katanya. Isu ini sekali gus telah membangkitkan semula persoalan mengenai status jantinanya,

Nama lelaki ‘Nur Sajat’ adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman walaupun usahawan tersebut berterusan mendakwa dia adalah wanita. ‘Nur Sajat’, 33, kemudiannya mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata di bawah akta berkenaan dan didenda RM900 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah terkumpul denda adalah RM2,700.

Mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, ‘Nur Sajat’ boleh didenda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan. Sumber utusan

Foto: Instagram Sajat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here