Home HIBURAN Masalah disipin punca Suria FM tamatkan kontrak Shahrol Shiro

Masalah disipin punca Suria FM tamatkan kontrak Shahrol Shiro

1030
0
SHARE

Sebelum ini, dilaporkan kumpulan Shiro membuat keputusan untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio setelah memenangi Maharaja Lawak Mega 2018 baru-baru ini sebagai juara.

Namun, tular pula punca yang menyebabkan pelawak ini bukan lagi menjadi penyampai radio Suria. Menurut sumber, Shahrol sebenarnya menghadapi sering ponteng kerja dan juga masalah disiplin.

Hal terbabit menyebabkan pihak Kumpulan Radio Star mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak. Kata Pengurus Kanan Suria iaitu Roslinda Abd Majid atau dikenali DJ Lin, ia disebabkan faktor prestasi kerja yang kurang memuaskan.

“Dia sebenarnya menandatangani kontrak selama setahun tetapi pihak kami terpaksa menamatkan kontrak tersebut berkuat kuasa pada 11 Januari 2019 yang mana kurang enam bulan dia berkhidmat di stesen radio ini.

“Selain daripada prestasi kerja Shahrol kurang memuaskan, dia juga ingkar perintah dan melanggar peraturan serta garis panduan kerja yang ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit (MC) tanpa mengemukakan sijil daripada pengawai perubatan serta tidak menghadirkan diri ke acara yang dianjurkan Suria,” ujarnya menerusi mStar Online.

Bagaimanapun, DJ Lin juga berkata tidak membuat hebahan isu terbabit lewat daripada tarikh kontrak ditamatkan disebabkan tidak ingin fokus Shahrol di MLM 2018 terganggu.

Kumpulan Shiro sebelum ini memenangi Maharaja Lawak Mega 2018 sebagai juara sekaligus membawa pulang wang sebanyak RM 500,000.

Sumber: mStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here