Home SEMASA Letak jawatan Agong: Sultan Muhammad V jadi mangsa komen biadap penyokong DAP

Letak jawatan Agong: Sultan Muhammad V jadi mangsa komen biadap penyokong DAP

627
0
SHARE

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 secara mengejut hari ini mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat.

Rata-rata mereka terkejut dengan tindakan baginda selepas dikhabarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa baginda sudah memulakan tugas rasmi selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu.

Malangnya, ada segelintir penyokong DAP yang seolah-olah tidak sensitif dengan berita tersebut.

Hasil tinjauan di portal pro DAP, Malaysiakini mendapati penyokong parti itu meninggalkan komen-komen jelik dengan mengaitkan pernikahan Sultan Muhammad V dengan gadis Russia sebagai punca peletakan jawatan itu.

DAP sering menuduh orang Melayu sebagai rasis dan perkauman tetapi hakikatnya merekalah raja segala rasis.

Diharap pihak berkuasa terutamanya PDRM dan SKMM dapat menyiasat komen-komen tersebut serta menangkap mereka yang terlibat supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang lain untuk menjaga keharmonian negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here