Home TEKNOLOGI Kecoh Elfira Nikah Harini?

Kecoh Elfira Nikah Harini?

450
0
SHARE

Sumber mengatakan majlis berkenaan akan berlangsung esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

KUALA LUMPUR – Spekulasi pernikahan pelakon Elfira Loy dengan Muhammad Faris Khairol Anuar yang dijangka akan berlangsung esok semakin kuat.

Biarpun perkara tersebut masih dirahsiakan oleh Elfira mahupun keluarga kedua-dua belah pihak, namun terbaharu, sumber mengatakan majlis berkenaan akan berlangsung esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis berkenaan juga tidak diperincikan sama ada berlangsung pada sebelah siang atau malam.

Terdapat juga desas-desus mengatakan Elfira, 24, dan Faris akan diraikan dengan lima buah majlis resepsi.

Terdahulu Elfira dan Faris, seorang pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara bertunang secara senyap-senyap pada 2 September 2018, kira-kira enam bulan selepas pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus di tengah jalan pada Februari tahun yang sama. – K! ONLINE

MELIHAT seraut wajahnya bagai ada cahaya yang sedang bersinar. Melihat jauh ke dalam anak matanya bagaikan ada kegembiraan yang terpancar namun tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Ya, Elfira Loy sedang meniti detik bahagia. Mungkin kedengaran agak klise namun itu hakikat yang sedang dilalui oleh pelakon yang sedang melewati angka 24 tahun.

Sejak mengikat pertunangan dengan Mohd Fariz Khairol Anuar tanggal 2 September yang lalu, tiada apa lagi yang mampu menyekat rasa bahagia, perasaan yang didambakan sejak dahulu.

“Tak usahlah cerita tentang perkara itu, orang tak suka dengar,” katanya yang sejak awal-awal lagi menolak untuk bercerita mengenai fasa bahagianya itu.

Mengapa perlu tunduk pada desakan orang sedangkan hatinya sedang berbunga riang? Bukankah lebih manis jika perkara yang baik dikongsi bersama dan bukannya hal-hal yang jelik dihebohkan?

Menerima ‘pelawaan’ tersebut, kata Elfira, dia sebenarnya enggan membawa dirinya menjadi bahan kec4man orang sekeliling.

Pedihnya saat melalui episod cinta tak jadi satu ketika dahulu masih kekal berparut. Sakitnya bukan kerana isu putus tunang tetapi tanggapan segelintir masyarakat yang meletakkan kesalahan di bahunya itu.

“Sebenarnya saya tak mahu membuka ruang untuk orang meninggalkan kata-kata kurang baik kepada saya dan keluarga. Sampaikan ke satu tahap, ibu saya juga menjadi mangsa.

“Apa lagi yang mereka tidak kata pada ibu saya? Sedangkan dalam banyak hal wanita itu tidak seharusnya di bawa masuk campur. Sebab itu saya berhati-hati berkongsi cerita baik atau buruk,” katanya menjelaskan situasi yang sedang dihadapi.

Tambahnya, ada yang terus-terusan mengecam ibu yang dikenali dengan nama Filzah tanpa usul periksa. Malah saat dia bertunang dengan Faris, nama ibunya masih lagi dikaitkan dengan pelbagai tuduhan neg4tif.

Tidak mahu membiarkan tulang belakangnya itu terus menjadi mangsa buli siber yang tidak berkesudahan, Elfira mengambil keputusan untuk bersederhana sahaja dalam segala tindakan.

Foto-foto bahagia bersama dengan bakal suaminya juga jarang dimuat naik dengan harapan tidak membuka peluang kepada orang untuk mengecam mereka sekeluarga.

“Banyak komen neg4tif yang saya terima sejak dahulu. Sejujurnya saya tidak membaca komen mereka kerana akan mempengaruhi mood.

“Buat apa nak membalas dan memanjangkan sesuatu isu. Selagi boleh bersabar, saya akan diam sahaja,” kata anak kedua daripada empat adik beradik ini lagi.

FASA BAHAGIA

BERCERITA mengenai kehidupan peribadinya, Elfira bersyukur kerana lelaki yang sedang beraja di dalam hatinya itu tenang menghadapi apa sahaja situasi.

Dia juga mampu meredakan kekusutan dan mengembalikan keadaan kucar-kacir menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

“Ini sebab mengapa saya jatuh hati kepadanya. Apa sahaja masalah yang berlaku akan segera diatasi. Dia tidak menambahkan tekanan sebaliknya memberikan kelegaan.

“Sikap-sikap seperti itulah yang membuatkan saya tenang dan percaya kami mampu membina hidup bersama,” katanya yang turut menyifatkan Faris sebagai lelaki yang bertanggungjawab.

Seingat Elfira, saat sekeping gambar pertunangannya bocor ketika itu, Faris tidak sesekali melenting meskipun sejak awal mereka telah bersetuju untuk merahsiakan daripada pihak luar.

Jelasnya, dia sangat tenang menghadapi keadaan itu walaupun profil peribadinya mula bertebaran dek kerana sikap ingin tahu peminat.

“Mereka bukan datang daripada keluarga seni seperti saya yang sudah lali dengan permainan industri. Pada mulanya saya risau juga tetapi Faris berjaya mengawal tekanan yang diterima dengan baik.

“Sama juga dengan keluarganya yang menerima perkara tersebut dengan tenang. Saya bersyukur kerana mereka memahami keadaan itu,” tambahnya lagi.

Tanpa berselindung Elfira menegaskan yang percintaan mereka bukan sekadar perhubungan dua jiwa sebaliknya disertai dengan ahli keluarga yang lain.

“Jika kebanyakan pasangan hanya menentukan keserasian antara mereka, kami pula melibatkan keluarga. Faris bukan sahaja menjaga keluarganya sahaja tetapi juga mengambil berat tentang keluarga saya.

“Begitu juga saya yang semakin erat dengan keluarganya. Apabila hal baik begini terjadi pasti menambahkan keyakinan untuk ke gerbang perkahwinan,” tambahnya lagi.

Ditanya adakah benar dia akan segera menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, Elfira hanya tersenyum menjawab pertanyaan tersebut.

Tidak mahu mendedahkan butiran mengenai hal tersebut, dia hanya akan mengumumkan bila tiba masanya. Apa yang satu suku tahun pertama 2019 bakal menyaksikan pernikahan mereka.

REZEKI

JIKA diamati wajah Elfira jarang sekali menghiasi kebanyakan drama tempatan. Menolak andaian yang dia bukan lagi pilihan kebanyakan penerbit tempatan, tawaran masih lagi diterima.

Tegasnya, ada kala pertindihan jadual membuatkan dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan sementelah tawaran yang diterima melibatkan episod yang panjang.

Dia pula tidak mempunyai masa yang banyak memandangkan terikat dengan komitmen perniagaan sekali beberapa kempen bersama syarikat gergasi besar yang lain.

“Ini dilema yang kerap kali dihadapi. Mereka berikan tawaran yang panjang melibatkan berbelas belas episod. Mahu tak mahu saya terpaksa menolak dengan baik.

“Tapi untuk tawaran pendek seperti telefilem, saya pasti akan terima. Biasanya ia tidak melibatkan masa yang panjang dan cepat disiapkan,” kata pelakon filem Tentang Bulan ini lagi.

Menariknya ketika ini dia banyak terlibat dengan tawaran untuk platform digital. Baru sahaja menghabiskan drama Kampus Korang yang bakal ditayangkan secara online.

Perubahan-perubahan ini yang membuatkan wajahnya jarang muncul di kaca TV padahal dia masih mempunyai produk. Tidak berkecil hati dengan perkara itu, Elfira masih mahu aktif seperti dahulu.

“Tidak berada di TV bukan bermakna kerjaya makin perlahan. Perubahan semasa yang membuatkan orang semakin kurang melihat saya di TV,” katanya yang kini sibuk mengusahakan kafe dan studio fotografi sendiri.

sumber: utusan online via layansudah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa kata anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here