Home RUMAH TANGGA Kasih Seorang Suami. Lelaki Ini Terus Setia Menanti Isteri Yang Koma Selepas...

Kasih Seorang Suami. Lelaki Ini Terus Setia Menanti Isteri Yang Koma Selepas Lahirkan Bayi Sulung

119
0
SHARE

“ Abang akan terus berada di sini sehingga sayang sedar,” demikian janji Mohd Saiful Sudin, 29, kepada isterinya, Norfadilla Che Par, 28, yang koma selepas melahirkan anak sulung mereka November lalu.

Norfadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla dalam kalangan ahli keluarganya terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Sejak dua bulan lalu, Mohd Saiful mengorbankan kerjanya sebagai buruh, sekali gus hilang punca pendapatan demi menunggu isterinya pulih biar berapa tahun sekali pun.

Dalam tempoh itu, anaknya Muhamad Syahmi yang kini berusia dua bulan berada di bawah jagaan kakak iparnya, Norhasirah, 29, yang tinggal di Kampung Kok Lintang, Bachok.

Lihat video di bawah

Mohd Saiful berkata, dia akan terus menunggu isterinya di hospital kerana mahu menjadi orang pertama yang melihat isterinya sedar daripada koma.

Katanya, dia dan isteri baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 22 Oktober lalu.

“ Saya akan terus berada di sini sehingga isteri sedar dan sihat. Kalau boleh saya nak ganti tempatnya, biar saya yang rasa sakit itu.

“ Sehingga kini saya masih ingat yang isteri bersungguh-sungguh mahu menyusukan sendiri anak yang dilahirkan, namun hasratnya tidak kesampaian.

“ Insya-Allah saya positif dan yakin dengan kuasa Allah, isteri akan pulih dan sedar seperti sedia-kala,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, semuanya bermula apabila isterinya berdepan masalah tiada tanda untuk melahirkan anak yang sepatutnya dijadual pada 8 November lalu.

“ Selepas seminggu dia masih tidak berasa sakit sebelum dibawa ke hospital. Di hospital, isteri saya melalui tiga proses gesaan bersalin (induce) selama tiga hari berturut-turut namun bukaan tetap dua sentimeter (cm) sehingga menyukarkannya bersalin secara normal.

“Selepas berbincang, isteri bersetuju menjalani pembedahan dan ketika proses itu berjalan saya dimaklumkan isteri mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya berhenti selama 10 minit dan oksigen tidak sampai ke otak.

“ Biarpun anak selamat, isteri saya koma dan bergantung dengan mesin bantuan pernafasan sehingga kini,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah menyalahkan pihak hospital kerana mereka melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan isteri dan anak.

“ Kini keadaan isteri tidak banyak berubah dan bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.

“ Pada minggu lalu, isteri ada membuka mata, namun dia tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya.

Bagi yang ingin menyumbang kepada Mohd Saiful, boleh lah merujuk kepada nombor akaun bank yang tertera dalam klip video di atas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here