Home JENAYAH Kantoi, pemandu lori rakam video 4 anggota JPJ didakwa ‘minta’ RM400

Kantoi, pemandu lori rakam video 4 anggota JPJ didakwa ‘minta’ RM400

377
0
SHARE

TERSEBAR video yang dirakam oleh seorang lelaki dipercayai pemandu lori, mendakwa empat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta wang RM400.

Dalam rakaman video itu, anggota JPJ berkenaan dirakam kelihatan tersenyum sambil berjalan menuju ke arah sebuah kenderaan JPJ dengan nombor pendaftaran JPJ309.

Kedengaran suara dipercayai milik pemandu lori yang merakam video mendakwa 4 orang anggota JPJ itu meminta wang RM400.

“Ini 4 orang minta wang, tak boleh settle tulis saman,” katanya.

Rakaman video itu menjadi tular di media sosial Facebook, selepas dimuat naik oleh laman facebook “Daddy Enaku Oru Doubt eh? Sollungal Daddy Sollungai,”

“JPJ nak cari makan tapi salah orang,” tulis laman facebook itu. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan sudah menerima lebih 244k views.

Dipercayai sumber asal video itu dipetik dari penyebaran yang bermula di aplikasi WhatsApp sebelum ditularkan di Facebook.

Tinjauan di laman sosial rata-rata mempercayai dakwaan rasuah itu dan meminta agar kerajaan menjalankan siasatan secepatnya.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna yang dilihat was-was dengan dakwaan tersebut memandangkan dua anggota JPJ yang dirakamkan wajahnya kelihatan tenang.

Apa pun dalam video ni tak nampak bukti duit RM400 berpindah tangan, atau kenyataan meminta wang dari anggota JPJ berkenaan. Biarlah pihak berkuasa yang siasat.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.

Komen Warganet

– Tuduhan.. X der bukti dia mintak pow rm400. Saja nak memburukan imej jpj. X der bukti.. Tidak boleh dipercayai. Respect.. Jpj mls nak ckp lebih2. video x complete dah mcm2 nak viral.

– Hahaha. Mesti ada driver lori buat salah apa2 tu.. Nk tutup salah sendiri, saja tuduh org lain ye

– Mungkin juga anggota tu minta wang. TAPI ..dalam video tu tak ada bukti pun yang dia orang minta. Harap anggota Jpj buat repot keatas lelaki yg rakam video tersebut. Tohmahan dan cuba menjatuhkan maruah serta cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Habis cerita.

– elooooo anne…stakat amik video tanpa ada bukti terima duit buang masa jer anne weeiiii

Anggota JPJ dituduh minta RM400 dalam video yang viral, buat laporan polis
SALAH seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat laporan polis susulan tularnya rakaman video 4 orang anggota jabatan itu yang dituduh meminta wang sebanyak RM400 dari seorang pemandu lori.

Laporan polis itu dibuat oleh Mohd Faisal Bin Md Nor, pada 14 Januari 2019 (kelmarin), selepas mendapati video berkenaan tular di media sosial facebook dan WhatsApp bagi menafikan tuduhan dan mengelakan salah sangka terhadap pasukannya dan JPJ.

Berdasarkan laporan polis berkenaan, pada 14 Januari 2019, Faisal bersama sepasukan penguatkuasa JPJ Stesen Kalumpang telah menahan sebuah lori treler jenis tangki simen dengan nombor pendaftaran BKY5166 kerana disyaki lebih muatan.

Bagaimanapun lori berkenaan tidak mahu berhenti, Faisal bersama pasukannya mengejar lori itu dan berjaya menahannya di pintu masuk pelan S.E Konkrit sebelum meminta lesen memandu dan kad pengenalan bagi membuat pemeriksaan.

Saman dikeluarkan

Selepas pemeriksaan dibuat saman telah dikeluarkan terhadap seorang lelaki bernama Haresh Varmer A/L Mogan yang tinggal di Puchong Sepangor, atas tiga (3) kesalahan:

1. Cukai jalan penggerak utama dan trailer tamat tempoh.
2. Puspakom penggerak utama dan treler tamat tempoh
3. Notis 82(1) Akta 715 lebih muatan.

Pemandu lori larikan diri

Semasa saman dikeluarkan pemandu bertindak merampas kad pengenalan dan lesen memandunya sebelum melarikan diri bersama lori masuk ke dalam kawasan plan untuk tujuan membuang muatan dan enggan memberi kerjasama.

JPJ kejar mahu serahkan saman

Oleh kerana tidak dapat menyerahkan saman tersebut yang belum ditandatangan, Faisal dan pasukannya masuk ke dalam kawasan plan bagi tujuan menyerahkan saman dan mendapatkan tandatangan pemandu lori tersebut.

Namun pemandu lori berkenaan masih tetap enggan menandatangan saman berkenaan, sebaliknya dia mula bercakap kasar dengan menuduh anggota JPJ meminta wang RM400 serta menuduh mereka menceroboh kawasan plan sambil merakam video untuk disebarkan dan diserahkan kepada SPRM.

Komen pengguna FB

– Dalam vid tu x nampak jpj tu pow.. vid sekerat2.. lebih kurang mcm vid arwah mohd adip dilanggar bkn dipukul.. hehhehe korang paham maksud aku .

– Lori tu lari roadblock. Jpj kejar sampai masuk dalam plant. Aku rasa dia nak settle tepi tapi jpj tak layan. Tu yg dia tak puas hati kena 4 saman. Roadtax dah mati lagi nak sembang kari

– Dah agak dah. Depa ni bila sembang, bab! pun terbang. Ahli kuil pun boleh menipu, apatah lagi orang kebanyakan.

– Kan aku dh kata…. Dia nk viral n buat fitnah ja kt jpj … Pasai vidio jpj mintak duit xdk pon.. Hang kena lena dlm pagaq besi la jawabnya……haaa tepok!!!!!!

– kesalahan macamtu besar, kalau betul jpj minta rm400.00 tentu toke dia akan bagi.

– Bukti tak lengkap menyatakan jpj minta wang. Pihak jpj boleh ambil tindakan terhadap orang yang memfitnah anggota jpj meminta rasuah dan memviralkan tanpa bukti lengkap.

– Rakaman minta RM400 tak ada..mkin sngaja tuduh sb tak puas hati kena saman.. Tp yg pasti lori2 lepas ni agak susah la sikit…bersedialaa geng jpj pla balas..kiki

Sumber dari MiloSuam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here