Home ROHANI “Kambing ada. Lembu tak ada” 6 Cara Untuk Kenal Pasti Mamak Muslim

“Kambing ada. Lembu tak ada” 6 Cara Untuk Kenal Pasti Mamak Muslim

249
0
SHARE

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu. Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyem belih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipo pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyem belih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Jom kita lihat bagaimana nak kenal pasti restoran mamak muslim atau tidak:

1. Hari Deepavali adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak. Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka. Tapi tengok juga,kadang-kadang kedai mamak memang suka masak kambing saja. Kari kambing mabeles.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

4. Kadang-kadang mereka sudah bijak. Setakat bagi salam pada pekerja-pekerja india bukan Islam itu apa lah sangat. Mereka kadang kala sudah pandai,dan boleh sponta menjawab. Jadi kita teruskan ujian kedua,suruh mereka baca al-Fatihah atau lafaz syahadah. Kalau boleh baca,sah la mereka memang muslim. Boleh oder roti banjir dua. Kalau gagap-gagap tak tau baca. Tau dah ni mamak ori ke mamak celop.

5. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat. Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

6. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

Sumber: Kepoh kuat

Kantoi Restoran ‘Mamak’ Milik Bukan Islam
Sebuah restoran di Seksyen 25, Shah Alam – yang menggunakan nama Islam dan tulisan jawi pada papan tandanya diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), gara-gara laporan polis dibuat pemiliknya terhadap lelaki yang menampar pekerjanya.

Kejadian bermula apabila pekerja restoran terbabit ditampar kerana menegur pelanggan menghisap rokok di dalam premis berkenaan.

Pemilik restoran itu yang tidak puas hati membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Malangnya, laporan itu membongkar siapa sebenarnya pemilik restoran ‘Islam’ itu – bukan muslim – dan cuba mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran di dalam premisnya.

Berikutan itu, sepasukan anggota Bahagian Pengurusan Halal JAIS dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, melakukan serbuan, semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja restoran itu, termasuk tukang masaknya, bukan Islam. Hanya dua pekerja sahaja beragama Islam.

Sumber memberitahu, terdapat ayat al-Quran yang digantung di belakang kaunter restoran terbabit dan di sebelahnya tergantung bungkusan kuning disyaki peralatan pemujaan penganut Hindu.

Pemeriksaan juga mendapati kebersihan premis tidak memuaskan dan bahagian pemprosesannya terlalu kotor, sementara bahan mentah, serta peralatan memasak diletakkan di atas lantai.

“Produk daging juga diperoleh daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel. Pemilik premis diarah mendapatkan daging yang mempunyai sijil halal.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, kedua-dua pemilik restoran terbabit tiada di lokasi kejadian,” kata sumber itu yang mengesahkan premis terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk mematuhi arahan dan perintah dikeluarkan.

Ketika dihubungi hari ini, pegawai JAIS mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan di restoran terbabit.

sumber: ismaweb

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here