Home HIBURAN “Kahwin, Pregnant, Jaga Anak & Suami,” -Impian Isteri Saharul Ridzwan ‘Terkubur’ Gara-Gara…

“Kahwin, Pregnant, Jaga Anak & Suami,” -Impian Isteri Saharul Ridzwan ‘Terkubur’ Gara-Gara…

322
0
SHARE

Pelakon, Saharul Ridzwan ada berkongsi video di akaun Instagrammya baru-baru ini.

Video berdurasi satu minit itu dimuat naik pelakon Selafaz Cinta yang melihatkan dia sedang mengemas bahagian meja di dalam sebuah bilik.

“Assalamualaikum. Tadi saya dok nak mengemas bilik ni untuk dijadikan office and saya jumpa something about my wife..

“Wow! Inilah hasil kerja dan minatnya,” kata Shaharul sambil membuka setiap helaian kertas yang dilakar isterinya itu.

“Rasanya lama awak pendam dan simpan kan.. Kahwin,pregnant,jaga Ali dan suami.. Awak korban impian dan cita2 awak demi kami.Terima kasih isteri. Saya doakan Jannah utk awak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Saya tahu awk boleh. Saya tahu awak mmg akn dpt apa yg awak cita2kan itu. Insyallah. Doa saya sentiasa mengiringi awak,” tambahnya lagi.

Menerusi video itu juga, impian Deeana sudah ‘terbuku’ sejak 2014 lagi berdasarkan tarikh yang tertera pada muka depan lakaran tersebut.

Komen peminat beliau:

Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali,2 tahun.

Video : IG Saharul

sumber: MH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here