Home HIBURAN ‘Ini semua salah Syed dan dia seorang’

‘Ini semua salah Syed dan dia seorang’

628
0
SHARE

Selepas tular gambar-gambar intimnya dengan seorang wanita, abang menteri belia dan sukan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tampil memohon maaf secara terbuka di akaun Instagram.

Bagi Syed Abdullah, kejadian menimpa dirinya wajar dijadikan pengajaran terutama kepada rakan sebaya supaya mereka tidak mengulangi kecuaian sama.

“Syed mintak maaf ya rakan-rakan.

“Biarlah kesalahan Syed dijadikan teladan bagi anak muda, supaya mengelakkan perkara seperti (ini) berikut berlaku pada diri masing-masing.

“Saya minta maaf di atas apa yang saya timbulkan dan kepada sesiapa yang turut menerima tempelak,” kata Syed Abdullah malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

“Apology is not about saying I’m sorry, but its about the meaning you put behind the apology and admitting that you are the wrong part” Today, has been a tough day for me & my family. The challenges i face today, is but a fraction of accusations i have continuously faced and probably will continue facing being in the position i am in. To those who truly know me, thank you for standing by my side, sending me constant messages and reminding me to be strong. To my fellow Malaysians, I thank you for your advice, I thank you for your moral support. I shall acknowledge your criticism positively and promise to improve myself as a person. I am not perfect, i am but a human and i tend to make mistakes. “Syed mintak maaf ya Rakan-Rakan. Biarlah kesalahan syed dijadikan teladan bagi anak muda, supaya mengelakkan perkara seperti berikut berlaku pada diri masing-masing” I am so Sorry. For the mess i have caused & to those who have been affected. Ini semua salah Syed & kecuaian Syed seorang. Jangan lah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed & rakan2 Syed. Let me face the wrath of my mistakes. Let me take the beating. Let me face the punishment. To those spreading rumors i say this: I am stronger & will learn from my mistakes, the bonding between my family my brothers,sister & true friends remain untouched and undamaged despite accusations. Yours truly, Syed Abdullah

A post shared by Syed Abdullah (@syedabdullah1989) on

Sebelum ini tular beberapa gambarnya dengan wanita, termasuk dengan pelakon Emma Maembong.

Gambar-gambar itu menunjukkan Emma tidak bertudung seperti penampilan biasanya.

Terdapat juga gambar seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.

Emme atau nama penuhnya Fatimah memohon maaf kerana membuka aurat tetapi menafikan beliau wanita yang duduk di celah kangkang Syed Abdullah.

Sejak malam tadi beberapa lagi imej berlainan menunjukkan “kemesraan” Syed Abdullah bersama wanita mirip Emma turut beredar di media sosial ketika isu mengenai dirinya masih belum reda.

Melalui gambar tersebut, wanita itu kelihatan hanya berseluar pendek.

Sementara itu, Syed Abdullah juga berharap, kesilapannya tidak dikaitkan dengan sesiapa terutama keluarganya.

“Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang.

“Janganlah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga dan rakan-rakan. Biar saya seorang hadapi masalah ini. Biar saya yang terima hukuman,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here