Home SEMASA Ibu Linda, Diana sudah tiada. Alfatihah untuk beliau.

Ibu Linda, Diana sudah tiada. Alfatihah untuk beliau.

234
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon, Linda dan Diana Rafar, Rasimah Abd Rahman, menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di sebuah pusat perubatan, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Khabar menyedihkan itu dikongsi Diana menerusi Instagram yang meminta orang ramai mendoakan arwah ibunya.

“Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.

“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta (doakan) dia semua.

“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak,” katanya menerusi perkongsian di Insta Story.

Terdahulu, ibu mereka terbabit dimasukkan ke sebuah hospital di Shah Alam sejak 12 Disember lalu berikutan jangkitan kuman dalam darah.

Tiga bulan lalu, Allahyarham pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital akibat gigitan serangga dan menjalani pembedahan, namun tidak sembuh.

Baru-baru ini, keadaannya bertambah teruk dan selepas pemeriksaan doktor, kuman didapati merebak hingga tangan kirinya terpaksa dipotong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here