Home HIBURAN Fazura kecewa, marah. kenapa tu?

Fazura kecewa, marah. kenapa tu?

319
0
SHARE

PELAKON dan penyanyi Nur Fazura meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan sebuah portal hiburan menerbitkan artikel membandingkan majlis resepsi perkahwinannya dengan majlis diadakan oleh pelakon Elfira Loy.

Fazura berkata, ia bukanlah budaya yang sihat dan berharap wartawan atau blogger memainkan peranan mendidik masyarakat dan bukannya menyiarkan berita remeh seumpama itu.

“Apabila saya menerima artikel itu, saya terkejut kerana Elfira akan mengalahkan Fazura apabila mengadakan lima resepsi.

“Saya terkejut wow…sampai begitu sekali. Kenapa perlu ada perbandingan.

“Kenapa kita perlu ajar masyarakat untuk sentiasa membandingkan.

“Nak tengok siapa lagi best, siapa nombor satu dan sebagainya. Itu tidak betul,” katanya.

Fazura ditemui sewaktu hadir sebagai tetamu sempena pelancaran filem terbaru lakonan Rajinikanth berjudul Petta di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Fazura, hubungannya dengan Elfira amat akrab bahkan Elfira adalah peminatnya sejak dulu.

“Saya pula anggap dia sebagai adik.

“Apabila artikel itu keluar, saya terkejut kerana kenapa sesiapa perlu mengalahkan sesiapa?

“Saya dan Fattah tidak pernah anggap kami nombor satu di Malaysia atau pasangan hebat,” katanya.

Jelas Fazura, mereka tidak sesekali menganggap perkahwinan mereka sebagai Wedding Of The Year yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana artis lain.

“Penyiaran artikel itu sangat mengecewakan. Saya dan Elfira sangat terkejut.

“Saya berharap sempena tahun 2019 ini, pihak wartawan atau blogger janganlah malukan etika kewartawanan Malaysia dengan artikel sebegitu.

“Ia akan ajar masyarakat sentiasa buat perbandingan antara satu sama lain setiap masa. Macam makcik-makcik luar tingkap,” katanya.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menambah, dia berasa malu kerana semua pihak sepatutnya mengamalkan sikap positif.

“Mengapa tidak mereka tulis yang positif berkenaan Elfira tanpa kaitkan dengan orang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here