Home HIBURAN Fazura Bengang Dibandingkan Dengan Elfira Loy

Fazura Bengang Dibandingkan Dengan Elfira Loy

433
0
SHARE

Sebuah portal hiburan baru baru ini telah melaporkan yang Elfira Loy bakal adakan lima resepsi perkahwinan sekaligus meletakkan perkahwinan selebriti itu sebagai Wedding of the Year (setakat ini).

Namun, Fazura yang menjadi perbandingan dalam artikel itu tidak berpuashati dengan cara tajuk laporan itu ditulis.

“Saya benar-benar bingung dengan tajuk yang sebenarnya tidak perlu. Kenapa kita mesti terus mempromosikan segala-galanya sebagai satu persaingan? Saya dan Fattah Amin tidak pernah menganggap kami sebagai nombor satu atau lebih dari orang lain,” tulis Fazura.

“Artikel sebegini bukan sahaja negatif, tetapi menjadi punca kenapa kita membenci sesama kita daripada menjadi gembira dengan kebahagiaan orang lain,” tambahnya lagi.

Fazura turut sempat mengucapkan tahniah buat Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar atas perkahwinan mereka dan tidak sabar untuk hadir ke resepsi mereka kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here