Home HIBURAN Fattah Amin dan Fazura akan umumkan sesuatu akan datang.

Fattah Amin dan Fazura akan umumkan sesuatu akan datang.

273
0
SHARE

Baru-baru ini, peminat membuat spekulasi Fazura kini hamil apabila ‘baby bump pelakon itu dikatakan kelihatan dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram. Bagaimanapun, Fazura menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang berbadan dua.

“Sebenarnya saya sangat menghargai komen-komen daripada netizen semua. Saya dan Fattah bersyukur ramai menyayangi dan mendoakan kami. Sebelum Fattah post video itu saya dah perasan dah (perut kelihatan macam baby bump), tapi saya kata tak mengapa post sahajalah.

“Kalau nak tahu sepanjang kami dalam penerbangan ke Maldives, memang tak sempat jamah apa-apa makanan pun.

“Bila dah sampai sahaja ke destinasi percutian terus kami pesan macam-macam makanan. Bila dah makan dalam kuantiti yang banyak secara tidak langsung, perut kita akan nampak macam itu kan,” katanya kepada KopiPlanet.

Sudah lebih setahun melayari bahtera rumah tangga, Fazura memberitahu dia dan Fattah sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Setiap suami isteri pastinya menantikan kehadiran cahaya mata. Sejujurnya ketika di awal usia perkahwinan, kami ada buat perancangan keluarga disebabkan jadual kerja yang sangat ketat.

“Kini selepas lebih setahun berkahwin dan kami pun dah cukup enjoy meluangkan masa berdua bersama, InsyaAllah dengan izin Allah kami dah bersedia untuk menimang cahaya mata jika dikurniakan rezeki dalam masa terdekat ini.

“Bila sampai masanya, saya akan uar-uarkan pada semua. Itu janji saya,” katanya.

SUMBER KOPI PLANET

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here