Home HIBURAN Didukung tunang, Fasha dikecam hebat makcik bawang

Didukung tunang, Fasha dikecam hebat makcik bawang

262
0
SHARE

PEMINAT pasangan pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz berharap agar kedua-dua artis itu lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan antara satu sama lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi gambar ‘didukung’ oleh tunangnya, Aidil dan tindakan itu mencetuskan perbalahan antara pengikutnya.

“Hah, dah ringan ke sebab masa jogging tiba-tiba Pak Ngah boleh angkat ibu?

“Apakah rahsia ibu makin ringan daripada dulu? Coming soon,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tidak selesa dengan gambar yang dikongsikan oleh Fasha dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini ketika berkongsi gambar di media sosial.

Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun 2017 dan telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here