Home JENAYAH Dibuang Universiti gara-gara peluk teman lelaki

Dibuang Universiti gara-gara peluk teman lelaki

217
0
SHARE

KAHERAH: Universiti Al-Azhar ambil keputusan membuang seorang pelajar wanita selepas muncul dalam video yang memaparkan wanita berkenaan sedang memeluk seorang lelaki.

Pihak universiti mendakwa pelajar tersebut telah merosakkan reputasi universiti.

Video yang tular awal bulan ini menunjukkan seorang lelaki muda membawa sejambak bunga dan berlutut di hadapan seorang wanita dan kemudian memeluknya dalam video yang dipercayai sebuah permintaan untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.

Video itu tidak dirakam di kawasan universiti Al-Azhar, tetapi di satu lagi pusat pendidikan tinggi, iaitu Universiti Mansoura yang terletak di bahagian utara negara itu.

Bagaimanapun, majlis disiplin Universiti Al-Azhar di Mansoura pada Ahad memutuskan untuk membuang gadis muda itu.

Jurucakap universiti, Ahmed Zarie berkata video itu telah menyebabkan “bantahan awam” dan keputusan universiti untuk membuangnya berikutan pelajar berkenaan menunjukkan “imej buruk” Al-Azhar, yang mengasingkan jantina lelaki dan perempuan dalam sesi pembelajaran.

Beliau berkata pelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin melanggar “nilai dan prinsip masyarakat”.

Bagaimanapun katanya, pelajar berkenaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu.

Sementara itu, jurucakap Universiti Mansoura berkata, pemuda yang turut dirakamkan di dalam video itu juga berhadapan sekatan, dan memaklumkan majlis disiplin akan bermesyuarat pada Isnin untuk memutuskan ‘hukuman’ ke atasnya.

Mesir, negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, masih dilihat sebagai sebuah masyarakat yang konservatif di rantau itu.

Tag: Universiti Al-Azhar, peluk, video, pelajar, wanita, Universiti Mansoura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here